Hideo Kojima ingin melibatkan diri dalam ANIME, MANGA, & FILEM!

Pada masa yang sama, beliau juga ingin membangunkan beberapa game kecil bergenre episodik.

Isu terkini majalah Famitsu Jepun mengandungi artikel eksklusif tentang Kojima Productions sempena ulang tahun keempat studio tersebut. Dalam artikel ini, Hideo Kojima dan Yoji Shinkawa menceritakan sejarah mereka bersama dan juga pembangunan game Death Stranding. Pasangan itu juga menyatakan harapan mereka untuk masa depan studio, dan membincangkan jenis-jenis projek yang mereka ingin mengusahakan.

Sumber – Gamebrott

Kojima berkata bahawa dia berminat untuk menghasilkan game yang lebih kecil, seperti judul ber-episod atau digital sahaja, sambil masih bekerja pada projek yang lebih besar. Sebelum ini, Kojima pernah bekerja pada game yang lebih kecil. Sebagai contoh, P.T. dan Metal Gear Solid V: Ground Zeroes – dua game yang ditetapkan di satu lokasi pada satu malam.

Studio ini merancang untuk pelbagai projek, yang meliputi satu game “besar” bersama dengan harapan Kojima untuk mencipta judul-judul yang lebih kecil. Selain itu, Kojima Productions juga berminat untuk membangunkan projek selain daripada permainan video. Kojima dan Shinkawa kedua-duanya menyatakan bahawa mereka mahu mencipta manga bersama-sama, sementara membincangkan sebuah idea anime yang menampilkan karya reka bentuk mecha oleh Shinkawa. Bukan itu sahaja, Kojima juga mengulangi bahawa dia ingin membuat filem, termasuk satu dengan rekaan Shinkawa.

Antara lukisan oleh Yoji Shinkawa

Adakah projek-projek di atas akan keluar tidak lama lagi? Itu saya masih tidak tahu, tetapi Death Stranding kini boleh didapati di PlayStation 4, dengan versi PC pada pertengahan tahun 2020.

Sumber – Gamebrott

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.