Untuk pelbagai alasan, Hyrule Warriors: Age of Calamity dengan cepat menjadi salah satu permainan Nintendo yang paling dinantikan. Banyak gameplay telah ditunjukkan, tetapi masih banyak lagi yang kita tidak tahu tentang Age of Calamity.
Permainan ini menyediakan latar belakang tambahan untuk Breath of the Wild, yang telah mendapat pujian tinggi oleh seluruh. Ia juga berfungsi sebagai sekuel kepada Hyrule Warriors pertama. Walaupun permainan pertama mempunyai banyak potensi, ada yang merasa ia tidak dapat menunjukkan kehebatan sepenuhnya. Sekarang peluang baru telah diberikan untuk meneroka kolaborasi antara Legend of Zelda dan Dynasty Warriors. Berikut adalah trailer terkini:
Pada masa ini, kita semua mengetahui bahawa Age of Calamity akan menggunakan peta Breath of the Wild, yang akan disatukan ke dalam peperangan melawan Calamity Ganon. Yang kita baru tahu adalah beberapa ciri peta itu akan kembali. Seperti yang dilihat dalam trailer terbaru, Koroks dan abang besarnya, Hetsu, akan kembali.
Dalam Breath of the Wild, Koroks menyembunyikan diri di seluruh peta dan memberikan Deku Nuts sebagai hadiah kerana sesiapa yang menjumpainya. Trailer menunjukkan sebuah Korok muncul daripada kotak yang pecah, jadi mekanik tersembunyi tersebut masih ada. Bagi mereka yang tidak tahu, Hestu pula merupakan watak yang pemain harus memberikan Deku Nuts kepada, dan sebagai ganjaran, dia akan memperluaskan inventori kami. Kini, Hestu kembali dengan lakonan suara sepenuhnya.
Walaupun peranan Hestu dalam cerita tidak ditunjukkan, ia tidak sukar untuk diteka. Kemungkinan besar sistem Deku Nut akan kembali dan Hestu akan kembali ke peranan lama. Malangnya, dia belum disahkan sebagai playable character dalam Hyrule Warriors: Age of Calamity, tetapi peminat masih boleh berharap untuk menggunakan maracas legenda Hestu sebagai senjata.
Hyrule Warriors: Age of Calamity akan dilancarkan pada 20 November secara eksklusif untuk Nintendo Switch.

@gamersantaimy
Discussion about this post