Hatsune Miku tidak memerlukan apa-apa pengenalan dan cukup terkenal di seluruh dunia. Kini untuk mengembangkan lagi francais, gadis digital itu akan kembali dengan filem anime bertajuk ‘Project SEKAI the Movie: Kowareta SEKAI to Utaenai MIKU‘ yang baru sahaja diumumkan semalam!
『劇場版プロジェクトセカイ
壊れたセカイと歌えないミク』
2025年1月17日(金)
全国の映画館にて公開決定!
どうぞご期待ください✨
作品公式HP:https://t.co/9B4M3fkAG9
作品公式X: @pjsekai_movie
🎞️特報映像:https://t.co/IfUSE8QFij
#劇場版プロセカ #paworks— P.A.WORKS 公式 (@PAWORKS_info) July 29, 2024
Berita ini didedahkan oleh CyberAgent, yang mengumumkan bahawa Colorful Palette dan Sega turut berkolaborasi untuk filem anime ini; yang dibuat berdasarkan game rhythm popular ‘Hatsune Miku: COLORFUL STAGE‘. Berikut adalah trailer pertama:
Filem Project SEKAI the Movie: Kowareta SEKAI to Utaenai MIKU (atau terjemahan bahasa inggeris: Project SEKAI The Movie: A Broken World and Miku Who Can’t Sing) akan menampilkan jalan cerita yang sepenuhnya original, dengan menampilkan Hatsune Miku baharu yang jauh berbeza dan tidak pernah digambar sebegini di dalam game.
Secara am, Hatsune Miku terkenal kerana personalitinya yang ceria, tetapi keadaannya jauh berbeza di sini. Dia nampaknya telah mengalami masalah, dan kini seorang peminat muda harus membantu idol tersebut untuk jatuh cinta dengan muzik sekali lagi.

Berikut adalah sinopsis cerita:
“Beritahu saya tentang diri anda. Mungkin nanti saya akan faham lagu itu.”
“Ichika Hoshino mendengar lagu Miku yang tidak pernah dia dengar sebelum ini di kedai CD. Pada monitor, dia melihat Miku yang tidak pernah dilihatnya, dan secara tidak sengaja berkata “Miku!?” dengan kuatt. Terkejut dengan suaranya, mata Miku bertemu dengan Ichika, tetapi dia hilang tidak lama kemudian.”
“Beberapa hari kemudian, Miku muncul pada telefon pintar Ichika selepas persembahan muzik di jalanan. Miku dengan sedih menundukkan kepalanya, dan apabila Ichika dengan lembut bertanya, Miku memberitahu bahawa dia mahu mencapai orang ramai dengan lagunya, tetapi tidak kira berapa banyak dia menyanyi, lagunya tidak pernah sampai kepada sesiapa pun.”
‘Melihat Ichika menyanyi dan mencapai hati orang ramai semasa persembahan tadi, Miku berfikir bahawa dia boleh melakukan perkara yang sama jika dia mengenalinya, jadi dia datang ke Ichika. Ichika tersenyum dan membalas, “Jika anda rasa saya cukup baik,” maka bermula kisah Hatsune Miku baharu.’


Animasi akan diuruskan oleh P.A. Works, manakala Saki Fujita akan mengulangi peranannya sebagai Hatsune Miku. Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 17 Januari 2025 di Jepun. Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat jika filem ini turut akan ditayangkan di luar Jepun. Buat masa ini, peminat di Malaysia hanya mampu berharap sahaja.
@gamersantaimy
Discussion about this post