Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hashira api kembali! Manga spin-off Kimetsu no Yaiba: Rengoku Gaiden diumumkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 18, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Hashira api kembali! Manga spin-off Kimetsu no Yaiba: Rengoku Gaiden diumumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Kimetsu no Yaiba mungkin sudah berakhir secara rasmi, tetapi ia masih belum selesai kerana spin-off baru yang memfokuskan pada Flame Hashira, Kyojuro Rengoku sedang dalam pembikinan! Setelah bocoran mengenai spin-off muncul di atas talian, isu terkini untuk majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha mengesahkan bahawa siri manga spin-off baru sedang dalam proses. Berjudul Kimetsu no Yaiba: Rengoku Gaiden, projek spin-off ini tidak mendedahkan banyak maklumat mengenai bila ia akan debut tetapi diumumkan bahawa ia akan menjadi projek pendek.

https://twitter.com/beshinobesi/status/1262079827089055744

Kimetsu no Yaiba: Rengoku Gaiden akan dilukis oleh pencipta siri BOZEBEATS, Ryoji Hirano, yang sebelumnya menangani spin-off pendek, Kimetsu no Yaiba: Tomioka Giyuu Gaiden pada tahun lalu. Di Twitter rasminya, dia mengucapkan tahniah kepada Koyoharu Gotouge untuk penamat Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba dan juga berkongsi poster baru untuk spin-off akan datang dengan sekeping gambar Rengoku menarik pedangnya yang berapi-api.

Rengoku telah menjadi kegemaran peminat sejak debut asalnya dalam siri utama, dan dia juga turut serta dalam filem pertama francais, Kimetsu no Yaiba – The Movie: Mugen Train. Rengoku adalah pilihan yang bagus untuk spin-off seterusnya kerana latar belakangnya tidak diselami secara lebih mendalam. Dengan spin-off ini, saya berharap kita lebih mengenali watak yang menjadi teladan kepada Tanjiro. Adakah anda teruja untuk melihat Kyojuro Rengoku beraksi? Kongsikan pendapat anda di ruang komen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeFlame hashiraKimetsu No YaibaKimetsu no Yaiba: Rengoku GaidenKyojuro Rengokumangaspin-off
Previous Post

Untungnya kami! Koleksi game percuma Epic Games Store sebenarnya bernilai hampir RM10,000!

Next Post

Pencipta siri FIRE FORCE mendedahkan manga akan menghampiri penamat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pencipta siri FIRE FORCE mendedahkan manga akan menghampiri penamat!

Pencipta siri FIRE FORCE mendedahkan manga akan menghampiri penamat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd