Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Harry Potter: Magic Awakened Akan Hadir ke iOS & Android Pada 27 Jun 2023!

Maira by Maira
June 21, 2023
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile
0 0
0
Harry Potter: Magic Awakened Akan Hadir ke iOS & Android Pada 27 Jun 2023!

Kredit imej: NetEase

Share on FacebookShare on Twitter

Game mobile terbaharu Harry Potter: Magic Awakened nampaknya akan menemui peminat tidak lama lagi! Diumumkan oleh Warner Bros. Games dan NetEase, Inc., Harry Potter: Magic Awakened akan dilancarkan secara global pada 27 Jun 2023! Sempena pengumuman tersebut, trailer baharu game telah pun dilepaskan.

Dalam trailer tersebut, kita telah didedahkan dengan pengembaraan yang menarik serta cerita baharu yang berlaku pada 10 tahun selepas Battle of Hogwarts. Grafik game juga kelihatan cantik dan sesuai dengan latar game. Game RPG kad ini akan percuma untuk dimainkan pada peranti iOS dan Android. Anda sudah boleh pra-daftar game ini sekarang! Terdapat pelbagai ganjaran yang akan menanti anda apabila game dilancarkan nanti!

Sumber: NetEase

Kalau anda ingin tahu, Harry Potter: Magic Awakened merupakan tajuk terbaharu yang akan dilancarkan secara global di bawah nama Portkey Games, label khas untuk penghasilan pengalaman game mobile dan game video yang diinspirasikan oleh Wizarding World, di mana pemain menjadi tumpuan dalam pengembaraan masing-masing.

Sumber: NetEase

Dalam game ini, pemain akan merasai pengalaman menjadi pelajar di Hogwarts seperti pemilihan rumah, menghadiri kelas yang diajar oleh profesor lama dan baru, meneroka Forbidden Forest, menari bersama rakan di Social Club dan banyak lagi! Selain itu, pemain juga akan belajar menggunakan sihir yang boleh diaktifkan menggunakan kad. Pemain perlu kuasai sihir, strategi unik dan kombinasi bentuk semasa menghadapi cabaran dan berlawan dengan pemain lain dalam pengembaraan baharu ini!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai game serta ganjaran pra-daftar, anda boleh lawati laman web rasmi game. Anda juga boleh berhubung dengan pemain lain dalam komuniti melalui Facebook, YouTube dan Discord. 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: harry potterHarry Potter: Magic Awakened
ShareTweetSend
Previous Post

Ingin jual atau beli gajet & game second-hand? Jom lawat kedai CeX di IOI City Mall!

Next Post

Apa berlaku dalam penamat The Flash & Bagaimana ia setup untuk DCU pula?

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Apa berlaku dalam penamat The Flash & Bagaimana ia setup untuk DCU pula?

Apa berlaku dalam penamat The Flash & Bagaimana ia setup untuk DCU pula?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd