PlayStation 5 Pro (PS5 Pro) akan dilancarkan di Malaysia pada 7 November 2024 dengan nilai harga rasmi sebanyak RM3,849. Pra-tempahan akan bermula dari 26 September 2024 di kedai yang sah.
Sony Interactive Entertainment secara rasmi mengalu-alukan PlayStation 5 Pro ke keluarga PlayStation, serta mendakwa ini adalah konsol mereka yang paling maju dan inovatif setakat ini.
Disebabkan ramai yang meminta konsol yang mampu menjalankan grafik lebih tinggi pada kadar bingkai lancar 60FPS, PS5 Pro berjaya mencapai prestasi ini dengan beberapa ciri utama:
- GPU dinaik taraf: PlayStation menaik taraf GPU yang mempunyai 67% lebih Compute Unit berbanding konsol PS5 dan memori 28% lebih pantas. Secara keseluruhan, ini membolehkan rendering sehingga 45% lebih pantas untuk gameplay, menjadikan pengalaman lebih lancar.
- Advanced Ray Tracing: PlayStation telah menambah ray tracing lebih canggih yang memberikan pantulan dan pembiasan cahaya yang lebih dinamik. Ini membolehkan sinaran dipancarkan pada dua kali ganda, dan kadangkala tiga kali ganda, berbanding kelajuan konsol PS5.
- AI-Driven Upscaling: Memperkenalkan PlayStation Spectral Super Resolution, sistem upscaling dipacu AI yang menggunakan teknologi berasaskan pembelajaran mesin untuk memberikan kejelasan imej yang sangat tajam dengan menambahkan jumlah butiran.
Penambahbaikan lain termasuk ‘PS5 Pro Game Boost’, yang boleh digunakan pada lebih daripada 8,500 game PS4 yang boleh dimainkan pada model Pro. Ciri ‘Enhanced Image Quality’ untuk game PS4 juga tersedia untuk meningkatkan resolusi pada game PS4 terpilih. Model Pro juga akan dilancarkan dengan teknologi Wi-Fi 7 di wilayah yang menyokong standard ini. Game VRR dan 8K juga disokong.
Beberapa game akan menerima software update percuma untuk pemain memanfaatkan ciri PS5 Pro. Game ini boleh dikenal pasti dengan label ‘PS5 Pro Enhanced’ dalam tajuknya.
Reka Bentuk

Rupa PS5 Pro kekal konsisten dengan keseluruhan keluarga PS5. Ketinggian adalah sama dengan PS5 original, manakala saiz juga sama dengan model PS5 terkini untuk menampung spesifikasi yang lebih tinggi. Pemain boleh menambah Ultra HD Blu-ray Disc Drive, atau menukar penutup konsol apabila ia tersedia.

Konsol ini serasi dengan semua aksesori PS5 yang ada, termasuk PlayStation VR2, Portal PlayStation, DualSense Edge, Access controller, Pulse Elite dan Pulse Explore. User interface dan perkhidmatan netwok juga kekal sama.
Jika berminat, netizen Malaysia boleh pra-tempah PS5 Pro pada tarikh yang disebutkan di atas.
@gamersantaimy
Discussion about this post