Bermula sebagai game bercita-cita tinggi dan penuh potensi, ‘The Day Before‘ akhirnya menjadi kegagalan yang besar dalam industri gaming. Dilancarkan dalam keadaan yang tidak siap, ia penuh dengan masalah seperti gameplay yang membosankan, dan isu ralat lalu dimalukan oleh komuniti. Oleh itu, ramai tidak terkejut apabila mendapat tahu The Day Before terpaksa tutup pada penghujung Januari 2024.
Diumumkan di Twitter rasmi mereka, penerbit Mytona mengumumkan bahawa The Day Before akan ditutup sepenuhnya pada 22 Januari. Jika kita kira tarikh pelancaran ini daripada hari pertama hingga ke tarikh tersebut, ini bermaksud game ini hanya bertahan kira-kira 1 bulan dan 15 hari dalam pasaran.

Mytona kemudian berkata bahawa pada masa ini; mereka sedang berusaha keras untuk memulangkan wang semua pemain melalui proses bayaran balik melalui Steam. Memandangkan tiada lagi pembangun yang mengusahakan game itu lagi, mereka tidak mempunyai pilihan selain menutup game itu sepenuhnya.
Kini, mereka menggunakan semua pendapatan yang diperoleh daripada penjualan untuk membayar hutang kepada rakan kongsi.
Di mana langkah silap?

Sebelum menjelaskan silapnya, korang harsu tahu tentang game ini dahulu.
Secara am, The Day Before adalah ‘multiplayer survival horror extraction shooter’ yang dibangunkan oleh Fntastic dan diterbitkan oleh Mytona. Berlatarkan pada masa hadapan, pemain mengawal watak yang mesti meneroka dan bertahan hidup dalam dunia fiksyen, post-apokaliptik ‘New Fortune City’, yang telah ditakluki oleh zombie.

Apabila pertama kali diumumkan, The Day Before merupakan game paling ‘wishlist’ di Steam tetapi malangnya, masalah mula muncul…
Disebabkan proses pembangunan yang lama, Fntastic telah dipersoalkan mengenai kesahihan game ini. Malah, game ini juga ditunda beberapa kali, jadi orang ramai mula muak sehingga mengelarnya ‘scam’. Proses pembangunan juga diganggu oleh isu undang-undang yang melibatkan Fntastic dan pengambilan pekerja tanpa gaji. Tiada langsung berita indah tentang game ini.

Selepas dilancarkan, akhirnya semua orang dapat merasa The Day Before. Namun, ia tidak seperti seperti yang peminat sangka. Antara isu kritikan adalah kekurangan pertempuran jarak dekat, gameplay yang membosan, AI yang tidak menarik, reka bentuk dan skala dunia yang serta pelbagai isu teknikal/ralat yang tidak masuk akal.

The Day Before serta-merta menerima ulasan “overwhelmingly negative” di Steam. Menurut data rasmi, jumlah pemain telah menurun sebanyak 75% selepas dua hari dikeluarkan, dan sebanyak 90% selepas empat hari dikeluarkan.
Kini, kita tahu ia akan ditutup selama-lamanya.
Baca segala berita kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post