Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hantu boleh bantu krew Among Us di kemas kini akan datang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2020
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Multiplayer, PC, Steam
0 0
0
Hantu boleh bantu krew Among Us di kemas kini akan datang!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak banyak yang kita boleh lakukan sebagai hantu di Among Us. Sekiranya mereka adalah Crewmate, mereka dapat menyelesaikan saki-baki tugas yang ada, dan jika mereka adalah Imposter, mereka masih dapat mensabotaj rakan-rakan. Tetapi hantu tidak dapat mengambil bahagian dalam perbincangan Emergency Meeting, yang merupakan bahagian permainan yang paling interaktif.

Oleh kerana itu, beberapa pemain memilih untuk meninggalkan lobi setelah dibunuh. Pemaju InnerSloth menafsirkan tindakan ini sebagai pemain yang “bosan” bermain sebagai hantu, jadi mereka berusaha untuk memperbaikinya isu tersebut. Semasa membincangkan Among Us di Twitch’s Weekly Gaming Show, programmer Forest Willard daripada Innersloth menyatakan bahawa dia dan pasukan ingin mengubah peranan hantu kepada sesuatu yang “boleh melindungi”. Dengan cara itu, mereka boleh melakukan lebih banyak perkara setelah mati.

Apa yang dimaksudkan oleh Willard tidak dijelaskan dengan lebih lanjut, tetapi Innersloth menyatakan kemas kini ini sukar untuk diimplementasikan kerana masalah keseimbangan. Kemungkinan besar, “si pelindung” mungkin secara langsung boleh mengganggu Imposter, dan ini boleh menjadi masalah yang besar. Pada awal permainan lagi, Imposter sudah cukup susah untuk menang kerana jumlah Crewmate yang banyak, jadi jika Crewmate mempunyai cara lain untuk mengalahkan Imposter setelah mati, ia hanya menjadikan permainan lebih sukar.

Peranan “si pelindung” berkemungkinan sama dengan peranan “doktor” dalam permainan Werewolf di mana doktor mempunyai kemampuan untuk menyelamatkan seseorang daripada dibunuh oleh pembunuh setiap pusingan. Di sini, hantu mungkin boleh menghentikan usaha Imposter untuk membunuh seseorang.

Idea itu sendiri mungkin terlalu OP untuk Among Us, tetapi saya yakin Innersloth sudah mengetahui cara untuk mengimbangkannya. Pereka Marcus Bromander setuju bahawa pasukan bersemangat untuk menjadikan hantu lebih menyeronokkan bagi semua orang, terutama sekali bagi pemain yang mati pertama sekali.. kerana itu memang cara yang paling menyedihkan sekali untuk tamatkan satu perlawanan sebelum tidur.

Among Us kini berada di PC dan mobile.

Sumber: Twitch

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Among UsCrewmatehantuImposterInnerSloth
Previous Post

Final Fantasy 16 sudah selesai “pembangunan awal”! Akan datang dalam masa terdekat??

Next Post

Sah! Sarada paling Lemah dalam Klan Uchiha dalam Boruto! Buat masa kini lah~

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Jom Singgah!

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

June 27, 2025
Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
Next Post
Sah! Sarada paling Lemah dalam Klan Uchiha dalam Boruto! Buat masa kini lah~

Sah! Sarada paling Lemah dalam Klan Uchiha dalam Boruto! Buat masa kini lah~

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd