Halo, bukan lagu Beyonce guys! Halo game dari Microsoft Studios akan diadaptasi menjadi TV series dimana menurut Showtime CEO, David Nevins, Master Chief akan menjadi watak utama dalam siri ini. Tapi sebagai gamer Halo, mesti korang tertanya-tanya macam mana watak Chief nanti, sebab dalam game Halo mana pernah si Chief ni bukak helmet, muka dia camne? macam faceless void ke apa.
Menurut panel Showtime , Gary Levine itulah teaser yang akan membuat korang tertanya-tanya dan teruja nak tahu, beliau menambah bahawa siri ni akan berdasarkan Futuristik Sci-fi di angkasa di mana diorang ingin mengupah penulis yang tidak dikenali dengan sci-fi atau perlawanan besar – besaran. Dengar macam pelik kan ? sebab kalau aku main game Halo, ia memang kategori sci-fi massive aliens shooter punya game.
Malangya, siri ni hanya akan diproduksi pada tahun 2019 dan paling awal pon akan diterbitkan pada tahun 2020, so, kita tunggu dan lihat je la yer.
Sumber : Gamespot
@gamersantaimy
Discussion about this post