Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Halloween Hampir Tiba! Jom Kenali Watak Seram Ikonik Sepanjang Zaman!

Maira by Maira
October 18, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Filem
0 0
0
Halloween Hampir Tiba! Jom Kenali Watak Seram Ikonik Sepanjang Zaman!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat seram suka cerita hantu yang bagus. Tidak kiralah ia mengenai roh yang berdendam atau entiti yang mengerikan, pelbagai jenis watak seram yang kita akan jumpa. Sudah tentu ada beberapa watak yang menjadi sinonim dengan genre seram. Tunjuk sahaja muka mereka, memang lari dibuatnya. Jadi tanpa membuang masa, jom kita kenali watak-watak ikonik

Michael Myers

Michael Myers merupakan antagonis utama dalam francais Halloween. Dia seorang pembunuh bersiri yang bisu malah tidak mempunyai emosi. Kalau anda ingin tahu, pada usia muda, Myers telah membunuh kakaknya pada malam Halloween dan dipenjarakan di institusi mental. 15 tahun kemudian, dia telah kembali dan mula mengintip serta membunuh penduduk di Haddonfield hampir setiap tahun pada malam Halloween.

Jason

Jason ialah antagonis utama dalam Friday the 13th. Dia seorang pembunuh yang sangat senyap dan seperti mayat hidup, dia tidak boleh dibunuh. Jason sangat ikonik sebagai seorang lelaki gila yang menghantui Camp Crystal Lake dan kawasan sekitarnya. Jika terserempak dengannya, baik lari kerana dia akan menyerang sesiapa sahaja yang ditemuinya untuk membalas dendam kematian ibunya tercinta.

Sadako

Sadako Yamamura adalah antagonis utama francais filem seram psikologi Jepun “Ring”. Dia adalah seorang psikik muda bermasalah yang dibunuh dengan kejam dan dibuang ke dalam perigi. Perkara itu dilakukan sebagai usaha untuk menghentikan kuasanya daripada menjadi tidak terkawal. Nampaknya rancangan itu telah gagal, apabila Sadako kembali sebagai hantu pembunuh bersiri. Dengan menggunakan kuasanya, Sadako telah mencipta videotape yang akan membunuh sesiapa yang menontonnya selepas tujuh hari.

Ghostface

Ghostface ialah identiti yang digunakan oleh antagonis utama francais Scream. Dia dinamakan sempena topeng Halloween vinil. Ia dijual sebagai kostum Father Death dalam kehidupan sebenar. Untuk pengetahuan anda, topeng tersebut telah diilhamkan daripada lukisan “The Scream” oleh Edvard Munch.

Berbeza dengan watak lain, Ghostface sering menghubungi mangsanya melalui telefon, mengejek atau mengugut mereka sebelum menikam mangsa sehingga mati dengan pisau pemburunya. Kadang-kadang, dia juga bertanyakan kuiz trivia filem seram kepada mangsa dan mengintip mereka seperti filem tersebut.

Pennywise/IT

Pennywise merupakan makhluk yang dikenali sebagai IT. Makhluk ini juga terkenal dengan kebolehan untuk berubah bentuk malah telah tinggal di Bumi selama bertahun-tahun. IT suka menyerupai “Pennywise the Dancing Clown” si penghibur sarkas kerana ramai kanak-kanak kecil menggemari badut. Penduduk di Derry juga dengan gembira menerima kehadiran badut tersebut. Pada masa yang sama, ada juga yang takut kepada badut dan ini membuatkan mereka mudah untuk dieksploitasi.

Matlamat utama IT adalah untuk makan manusia dan lebih menggemari kanak-kanak kerana mereka lebih mudah takut dan dimanipulasi. Menurutnya, perasaan takut membuatkan mereka lebih sedap.

Freddy Krueger

Freddy Krueger ialah antagonis utama dalam francais A Nightmare on Elm Street. Dia adalah pembunuh kanak-kanak bersiri dalam semasa hidup. Selepas mati pula, dia menjadi roh jahat yang membunuh mangsanya dalam mimpi mereka. Freddy selalunya menyeksa mangsanya sehingga mereka mati. Dia juga terkenal dengan kegembiraannya semasa mendera kanak-kanak.

Leatherface

Satu lagi ikon seram yang terkenal iaitu Leatherface daripada francais The Texas Chainsaw Massacre. Senjata utamanya ialah gergaji rantai, tukul besi dan sudah tentu kekuatan fizikalnya. Kalau anda ingin tahu, topeng yang dipakainya diperbuat daripada kulit seseorang. Walaupun dia hanya membunuh untuk terus hidup, dia juga percaya bahawa dirinya dan keluarganya dalam keadaan bahaya berterusan.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan buat masa sekarang. Dalam banyak-banyak watak seram ini, yang mana anda akan jauhi sekali? Boleh kongsikannya di ruangan komen! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai filem daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filem seramSeramWatak seram
Previous Post

Senarai anime bola sepak terbaik! Ada Inazuma Eleven, Blue Lock dan banyak lagi!

Next Post

Siapakah Black Adam? Biodata ringkas tentang Teth-Adam!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Siapakah Black Adam? Biodata ringkas tentang Teth-Adam!

Siapakah Black Adam? Biodata ringkas tentang Teth-Adam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd