Ganjaran dan peraduan ulang tahun Genshin Impact yang baru dinyatakan telah mencetuskan gelombang kemarahan dan kritikan dalam kalangan komuniti permainan. Pembangun MiHoYo baru-baru ini telah menggariskan rangkaian peraduan ulang tahun komuniti yang akan menghadiahkan para peserta dengan pelbagai hadiah, mulai dari pas Blessing of the Welkin Moon percuma, 100 Primogems, atau iPhone 13 Pro Max.

Sebilangan besar peraduan ini meminta peserta untuk membuat dan mengirimkan fanart, video, foto, atau cosplay. Selain itu, hadiah untuk beberapa pertandingan juga akan diedarkan melalui undian. Hanya 10% peserta acara web kad ulang tahun akan memenangi tiket Welkin Moon, sementara 90% yang lain akan menerima 100,000 Mora.
Terdapat pelbagai tanggapan terhadap peraduan ini dan sebahagian besarnya negatif. Catatan Twitter dan forum yang mengumumkannya dipenuhi dengan komen kritikal, dan subreddit Genshin Impact dipenuhi dengan catatan mengenai kekesalan mereka.

Sebilangan besar dari kekecewaan ini berpunca dari MiHoYo yang terus mengharapkan kreativiti peminat untuk memeriahkan acara Genshin Impact. Beberapa peminat di Twitter berkata:
“Saya harap anda (MiHoYo) menyedari bukan semua pemain genshin seorang artis, dan jika mereka artis, mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan kerja percuma untuk anda dan untuk apa? beberapa primogems sahaja?”
crstnled
“Mengapa semua peraduan ini hanya ‘kerja percuma untuk kami dan anda akan menang sesuatu’?”
PazuzuCries
“Jadi, kita hanya perlu bekerja keras untuk berebut peluang memenangi 100 primogems?” balas seorang peminat di forum Genshin Impact yang mempunyai lebih banyak upvote dari catatan dari MiHoYo. Peminat di Reddit juga ada mengatakan bahawa dia lebih sanggup membuat komisen atau pekerjaan lain daripada menyertai acara ini.
Ini bukan kali pertama MiHoYo meminta artis dalam komuniti Genshin Impact untuk menyumbang pada kempen pemasaran ulang tahunnya. Pada bulan Ogos yang lalu, MiHoYo menjemput peminat untuk reka bentuk iklan ulang tahun yang akan ditampal di bas. Walau bagaimanapun, iklan bas ini tidak membawa kepada tahap kemarahan yang dilihat hari ini.
Banyak pemain telah menunjukkan kejayaan Genshin Impact sebagai bukti sokongan dan semangat komuniti, walaupun tidak disambut baik oleh pemain lain kerana acara ulang tahun ini. Banner watak Raiden Shogun telah merekodkan penjualan tertinggi dan menjadikan permainan itu meraih keuntungan lebih daripada $1 bilion. Ini memang boleh dijangka selepas topup kristal telah reset dan Raiden merupakan archon wanita pertama dalam permainan itu. Jadi, tidak asing jika pemain yang banyak mengorbankan masa dan wang mereka dalam Genshin Impact marah kerana diminta untuk menyumbang lebih dalam acara itu. Ramai juga peminat yang masih mengharapkan ganjaran yang lebih lumayan dari MiHoYo.

Perlu diingatkan bahawa peraduan seni ini merupakan acara “komuniti” dan mungkin sebahagian kecil daripada ganjaran sebenar dalam permainan semasa ulang tahun itu berlangsung. Sementara ini, wish percuma merupakan ganjaran paling lumayan Genshin Impact. Freebies seperti watak Aloy dan senjata “The Luxurious Sea Lord” dilihat sebagai sebahagian daripada kemas kini biasa. MiHoYo juga telah mendedahkan ganjaran tambahan melalui emel yang dihantar kepada beberapa pemain tetapi masih belum disahkan.

Hari ulang tahun sebenar Genshin Impact ialah 28 September, dan jika MiHoYo memang mempunyai lebih banyak ganjaran untuk diumumkan, mungkin tidak ada salahnya untuk mendedahkannya untuk meredakan kemarahan peminat. Sambutan ulang tahun permainan gacha memang selalu dilakukan untuk beberapa minggu, jadi tidak mustahil ia akan bermula selepas kemas kini 2.2 yang akan tiba pada pertengahan Oktober.
Sumber: gamesradar
@gamersantaimy
Discussion about this post