Pernah tak korang terfikir untuk bermain games Xbox asal pada Nintendo Switch? Seorang hacker yang juga mempunyai hobi untuk membangunkan sebuah game, Voxel9 mempunyai fikiran di luar kotak tersebut. Lebih terperinci lagi, hacker ini dapat menggunakan emulator XQEMU Xbox untuk berfungsi di Nintendo Switch, yang nampaknya boleh dimainkan pelbagai permainan dari sistem 2001, seperti Halo: Combat Evolved.
https://www.youtube.com/watch?v=ChRZJod_vwc
Dia berkongsi video ringkas di YouTube yang memperlihatkan urutan boot untuk Xbox, menu, dan kemudiannya memainkan game klasik sepert Halo dan Jet Set Radio Future. Emulasi ini tidaklah sebagus yang diharapkan, terutamanya dari segi frame rate, tetapi apabila masih mampu berfungsi, ianya sudah cukup baik. Kemungkinan pada masa akan datang, penambahbaikan akan berlaku. Voxel9 menggunakan versi XQEMU, iaitu satu sumber projek terbuka untuk emulasi Xbox yang masih dikembangkan dan hanya berjalan lancar di PC untuk masa kini. Ia cuba untuk meniru apa yang berlaku pada bit Xbox GP yang asal, dan hasilnya memerlukan lebih banyak masa untuk berfungsi dan dioptimumkan.
Pada description video itu, Voxel9 menulis bahawa emulator itu dijalankan di Linux, yang dipasangkan sistem hack pada Nintendo Switch, daripada sistem operasi Horizon untuk meningkatkan prestasi. Korang juga tidak dapat lihat tangannya dalam video itu kerana dia beroperasi Switch menggunakan kontroller PS4 dan bukannya Joy-Con. Ini disebabkan emulator tersebut tidak dapat mengesan Joy-Con.
Seorang pengguna reddit berkata: “Jadi, awak bermain permainan Xbox dengan kontroller PlayStation pada konsol mudah-alih Nintendo Switch ini? Apa yang sebenarnya berlaku pada dunia ini?”. Emulasi untuk konsol moden adalah masih dalam pembangunan, terutamanya untuk peranti mudah alih seperti Nintendo Switch ini. Contohnya, RetroArch masih menjalankan sistem sokongan untuk N64 emulator di Switch. Manakala emulator untuk Xbox adalah sukar untuk dioptimumkan, walaupun boleh dijalankan di PC, ianya tidak berfungsi sepenuhnya kerana sistem hardware yang terlalu rumit. Namun demikian, ianya adalah sesuatu yang mengagumkan untuk melihat Xbox games boleh dimainkan di Switch!
Sumber: Kotaku
@gamersantaimy
Discussion about this post