Respawn Entertainment mungkin telah melaksanakan ban besar-besaran baru-baru ini dalam Apex Legends. Malah, mereka sudah pun mengenakan permanent hardware ban. Namun demikian, masih kelihatan beberapa hackers yang kini kembali dengan cara terbaru mereka yang dipanggil soft cheating. Ini bermaksud mereka menggunakan kaedah penipuan yang lebih “cerdik”, menyebabkan sistem anti-cheat tidak dapat mengesan kelakuan mereka dalam game.
Soft Cheating on the rise, algorithm can't detect them
byu/DarthAesder inapexlegends
Kaedah “Soft cheating” ini bermaksud, cheaters akan mengurangkan aimbot mereka ke tahap yang tidak dapat dikesan dengan algorithm anti-cheat, tetapi apabila pemain spectate mereka, boleh lihat dengan jelas yang mereka menggunakan aimbot tersebut. Dalam erti kata lain, kita dapat melihat yang mereka memang terang-terang menggunakan aimbot, tetapi sistem cheat yang digunakan mereka akan sengaja membuatkan tembakan tidak tepat pada sasaran supaya kelihatan seakan-akan pemain biasa.
Kaedah penipuan ini juga dikenali sebagai “humanizer”, yang memberikan effect untuk pemain menjadi lebih “human-like aim” walaupun pada hakikatnya mereka hanya menggunakan hack. Dalam post subreddit tersebut, ia mengatakan yang kes seperti ini adalah sangat bermasalah kerana pemain boleh menganggap yang hacker tersebut bermain secara kompetitif, walaupun mereka sebenarnya menggunakan hack, lalu tidak membuat laporan yang sepatutnya. Kali terakhir Apex Legends menangani masalah ini, seramai 350,000 hackers telah kena banned. Nampaknya, pihak Respawn perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk membanteras hackers yang semakin berleluasa ini!
Sumber: PC Games Sn
@gamersantaimy
Discussion about this post