Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gunpla Builders World Cup (GBWC) Dibuka di Malaysia, Masa untuk Pamer Skil Gundam

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 4, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Gunpla
0 0
0
Gunpla Builders World Cup (GBWC) Dibuka di Malaysia, Masa untuk Pamer Skil Gundam
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai telah mengumumkan pembukaan rasmi untuk halaman serantau Gunpla Builders World Cup di Malaysia.

Bagi mereka yang kurang tahu, Gunpla Builders World Cup (GBWC) ialah pertandingan global rasmi yang dianjurkan oleh Bandai Spirit di mana peserta dari pelbagai negara dan rantau di seluruh dunia boleh mempamerkan model Mobile Suit Gundam mereka untuk membuktikan diri sebagai builder terbaik di dunia.

Kredit: Bandai

Peserta akan bertanding dalam qualifier tempatan, di mana pemenang akan mara ke kejohanan dunia.

Seperti yang diumumkan melalui siaran Facebook, peminat Mobile Suit Gundam di Malaysia boleh memohon penyertaan dalam kejohanan itu melalui laman web rasmi GBWC bermula 1 Julai hingga 17 Ogos 2024.

Untuk mengambil bahagian, anda perlu membaca dan bersetuju menerima Terma dan Syarat, mengisi maklumat yang diperlukan, dan menyerahkan imej penyertaan. Imej penyertaan dan hasilnya akan dipertimbangkan untuk penilaian.

Selepas penyerahan, pameran model serta pengumuman keputusan akan diadakan di Bandai Spirits Hobby Exhibition & GBWC, di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur, dari 4 Oktober hingga 13 Oktober 2024. Peserta akan diminta membawa hasil model masing-masing ke tempat itu pada hari acara.

RG 1/144 AKATSUKI GUNDAM OOWASHI | Kredit: Bandai

Terdapat 3 pilihan kejohanan yang berbeza, dipisahkan mengikut kumpulan umur manakala kanak-kanak di bawah umur dikehendaki mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga untuk menyertai:

  • U-14 Course – 6 hingga 14 tahun
  • U-20 Course – 15 hingga 20 tahun
  • OVER-21 course – berumur 21 tahun ke atas

Hadiah pemenang adalah seperti berikut, di mana semua kejohanan berkongsi hadiah yang sama:

  • Tempat pertama – Trofi emas, HGUC 1/144 RX-78-2 GUNDAM SMOKE BLACK CLEAR Ver. dan Plat Kristal Peringatan, maju ke World Final
  • Tempat ke-2 – Trofi perak, HGUC 1/144 RX-78-2 GUNDAM SMOKE BLACK CLEAR Ver. dan Plat Kristal Peringatan
  • Tempat ke-3 – Trofi gangsa, HGUC 1/144 RX-78-2 GUNDAM SMOKE BLACK CLEAR Ver. dan Plat Kristal Peringatan

Walaupun tidak menang, semua peserta kecuali mereka yang hilang kelayakan akan menerima lencana rasmi Gunpla Builders World Cup 12th Tournament, sementara stok masih ada.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gundamgunplaGunpla Builders World Cup
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Di Nikke Coin Rush Cafe Malaysia – Memori Manis Bersama Awek-Awek Bunny!

Next Post

MSI Umum Laptop Gaming, Business & Produktiviti Next-Gen AI+, Bersama MSI Claw Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
MSI Umum Laptop Gaming, Business & Produktiviti Next-Gen AI+, Bersama MSI Claw Baharu!

MSI Umum Laptop Gaming, Business & Produktiviti Next-Gen AI+, Bersama MSI Claw Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd