GUNDAM Conference AUTUMN 2023 telah pun berlangsung dan kita telah didedahkan dengan pelbagai maklumat baru mengenai GUNDAM Metaverse Project. Diumumkan bahawa beta untuk GUNDAM Metaverse Project akan bermula pada 6 Oktober 2023 sehingga 17 Oktober 2023.
Malangnya ia tidak tersedia di Malaysia sebaliknya di Jepun dan Amerika. Kalau anda berada di kedua-dua negara ini bolehlah pra-daftarnya sekarang!

Kalau anda ingin tahu, GUNDAM Metaverse Project merupakan satu hub yang mengumpulkan peminat-peminat Gundam di seluruh dunia untuk berkongsikan pendapat, idea dan kandungan menarik mengenai anime mahupun Gunpla. Ia juga ruang dimasa Bandai Namco Group berkolaborasi dengan peminat. Dengan platform ini juga, ia dapat memupuk komunikasi antara peminat-peminat Gundam.
Untuk pembukaan masa terhad ini, pengunjung boleh melihat serta alami pelbagai benda menarik di sana. Antaranya:
- 3D Environment/Space (Kawasan hub utama)

Kawasan ini membolehkan pemain untuk menyelam ke dunia GUNDAM dan juga berperanan sebagai tempat berkumpul peminat. Pemain boleh akses pelbagai kandungan dalam kawasan ini menggunakan avatar tersendiri.
- UGC Museum

Terdapat showcase gambar Gunpla yang dihasilkan pemina, model CG yang dihasilkan oleh Gunpla Scan dan video daripada peminat yang memaparkan Customized Gunpla masing-masing.
- Kedai dalam talian

Terdapat kawasan dengan produk unik khas untuk Metaverse termasuklah pembelian dalam talian. Kedai ini menawarkan 6 Gunpla eksklusif acara untuk jualan dan akan boleh diakses melalui peranti telefon pintar. *Beberapa daripada item akan tersedia untuk dibeli di acara seterusnya atau THE GUNDAM BASE.
- Live Performance Area

Live Performance Area akan hos persembahan eksklusif oleh artis-artis yang berkait dengan siri GUNDAM.
- Gunpla Scan

Imbasan berkualiti tinggi menggunakan teknologi Sony Group, yang membolehkan peminat memindahkan Gunpla yang mereka bina ke dalam metaverse, akan disepadukan. *Semasa pembukaan masa terhad, Gunpla yang telah diimbas dan disediakan lebih awal akan dipamerkan.
- Watak AI eksklusif GUNDAM Metaverse, Mellow

Mellow ialah ahli AI, menyediakan topik dan penglibatan untuk peminat yang mungkin tidak mengenali antara satu sama lain. Selain membimbing pemain melalui tutorial metaverse dan pelbagai fungsi, Mellow juga akan menguruskan sudut GUNDAM Q&A di mana dia akan menjawab soalan daripada peminat. *Semasa pembukaan masa terhad, sokongan akan tersedia dalam bahasa Jepun dan Inggeris.
Kalau anda berminat untuk rasai pengalaman GUNDAM yang baharu ini, bolehlah pra-daftar melalui pautan ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post