Baru-baru ini, GSC telah melancarkan satu trailer filem Gundam baharu, Mobile Suit Gundam Cucuruz Doan’s Island yang akan ditayangkan secara eksklusif pada 3-5 Jun ini di Malaysia. Namun tiada seberang sebarang maklumat lanjut telah diberikan oleh GSC. Jadi, kami tidak pasti sama ada mereka menayangkan filem ini secara eksklusif sahaja ataupun tidak.
Filem ini akan mengisahkan semula episod 15 dalam anime Mobile Suit Gundam Original kerana episod itu telah diabaikan untuk pengeluaran bahasa Inggeris.
Kisah ini berlaku selepas Federation defense of Jaburo merancang untuk menyambung serangan ke atas ibu pejabat Zeon di Odessa. Amuro dan White Base menuju ke Belfast untuk mencari bekalan, tetapi White Base menerima pesanan baharu – “Untuk menuju ke ‘Island of No Return’, anda mesti mencari dan memusnahkan mana-mana Zeon yang sesat.”
Amuro pergi ke pulau itu untuk mencari pengintip Zeon tetapi dia menemui sekumpulan kanak-kanak dan Mobile Suit Zaku di pulau yang dikatakan tidak berpenghuni. Selepas meninggalkan Gundam, Amuro bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Cucuruz Doan. Selepas membongkar rahsia pulau itu, Amuro cuba untuk kembali ke Gundam dan melarikan diri.

Pencipta manga dan animator Yoshikazu Yasuhiko mengarahkan filem ini dan dikreditkan bersama pereka bentuk watak bersama Atsushi Tamura (Weathering with You) dan Tsukasa Kotobuki (Mobile Suit Gundam: The Origin, Saber Marionette J). Yasuhiko telah mendedahkan bahawa dia sedang mengerjakan filem anime yang belum diumumkan pada Jun yang lepas.
Filem ini dibantu oleh Ka Hee Im sebagai penolong pengarah, Toshizo Nemoto (Macross Delta) sebagai penulis skrip, Pereka mekanikal Gundam lama, Kunio Okawara, Hajime Katoki dan Kimitoshi Yamane untuk membantu dari bahagian reka bentuk mekanikal. Takayuki Hattori (Mobile Suit Gundam: The Origin) sebagai pengarang muzik.
Yuji Kaneko ialah pengarah seni, manakala Nagisha Abe ialah artis color key. Takeshi Katsurayama dan Ryo Iijima ialah pengarah fotografi. Shuhei Morita dan Morihito Abe ialah pengarah untuk CGI. Kazuhiro Nii sebagai penyunting dan Sadayoshi Fujino sebagai pengarah bunyi.

Gundam Cucuruz Doan’s Island akan ditayangkan di Malaysia secara eksklusif mulai 3 hingga 5 Jun. Seperti yang saya kata di atas tadi, kami tidak pasti sama ada mereka menayangkan filem ini secara eksklusif sahaja ataupun tidak. Jadi, mari kita sama-sama tunggu pengumuman rasmi oleh GSC. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Gundam, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post