Hari ini, Bandai Namco dan pembangun Crafts & Meister mengumumkan bahawa Gundam Breaker 4 rasmi akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam pada 29 Ogos 2024. Game ini kini tersedia untuk pra-pesan digital.
Bersama pengumuman ini, mereka turut mengeluarkan trailer rasmi yang anda boleh tonton di bawah:
Tentang Gundam Breaker 4
Sebagai peminat gunpla yang bercita-cita tinggi, pemain akan dapat menggabungkan ciptaan mecha mereka sendiri dengan menggunakan bahagian daripada lebih 250 Mobile Suit ikonik dari seluruh siri Gundam, dan kemudian menguji ciptaan mereka di medan perang maya dengan sehingga tiga pemain secara cooperative multiplayer. Berjuang melalui misi sambil membelah dan menembak segerombolan mecha musuh, dan memecahkan bahagian mereka untuk mengumpul dan menaik taraf build anda.

Gundam Breaker 4 memperkenalkan ciri baharu kepada siri ini, di mana pemain akan dapat menggunakan dua senjata berbeza untuk combo unik dalam usaha untuk membina gunpla paling sempurna. Selain pertarungan, pemain boleh mengakses garaj mecha di mana mereka boleh customize ciptaan dengan bahagian baharu serta cat, pelekat dan lain-lain.

Setelah pemain selesai membina gunpla mereka, mereka mempunyai pilihan untuk membawanya ke pelbagai jenis misi offline dan online. Tewaskan bos atau lawan gerombolan mecha musuh untuk mendapatkan bahagian baharu dan melengkapkan skill baharu.

Satu lagi ciri unik baharu untuk Gundam Breaker 4 ialah mode diorama. Bina senario terperinci dengan pelbagai latar belakang, elemen alam sekitar dan kesan khas, kemudian letakkan sebarang ciptaan gunpla dalam pose berlainan.
Sekali lagi saya ingatkan, Gundam Breaker 4 rasmi akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam pada 29 Ogos 2024 dan kini tersedia untuk pra-pesan digital.
@gamersantaimy
Discussion about this post