Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gundam Assemble – Permainan Papan Gundam Ala Warhammer 40K!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 6, 2025
in Artikel, Berita, Gunpla, Tabletop
0 0
0
Gundam Assemble – Permainan Papan Gundam Ala Warhammer 40K!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Spirits secara rasmi mengumumkan Gundam Assemble, sebuah permainan papan baharu yang menghidupkan dunia Mobile Suit Gundam dalam bentuk miniatur. Direka dengan elemen strategi dan customization, permainan ini menampilkan model Gunpla bersaiz 5 cm, membolehkan pemain menghidupkan kembali pertempuran epik atau mencipta senario baharu dengan Mobile Suit kegemaran mereka.

Berbeza dengan permainan miniatur lain seperti Warhammer 40K, Gundam Assemble memfokuskan pada pertempuran berskala kecil, di mana setiap pasukan terdiri daripada 2-3 mobile suit.

Setiap unit mempunyai abiliti unik yang mencerminkan ciri-ciri asal mereka dalam siri Gundam, memberikan kebebasan untuk merancang strategi dan bertempur secara dinamik. Permainan ini akan menggunakan dadu 10-sisi, walaupun mekanik permainan lengkap masih belum didedahkan.

Kredit: Bandai Spirits

Miniatur dalam Gundam Assemble tidak dicat dan memerlukan pemasangan, sama seperti model Gunpla. Ini bermakna pemain boleh menyesuaikan mecha mereka dengan skema warna unik dan kesan pertempuran untuk memberikan sentuhan peribadi kepada mobile suit kegemaran mereka. Hal ini menambahkan elemen hobi yang sejajar dengan budaya Gunpla.

Kredit: Bandai Spirits

Salah satu ciri paling menarik dalam Gundam Assemble ialah keupayaan untuk menggabungkan mobile suit dari pelbagai siri Gundam. Pemain boleh mencampur dan memadankan mecha ikonik dari tempoh yang berbeza, mencipta pertempuran impian dan menentukan MS mana yang paling unggul.

Kredit: Bandai Spirits

Beberapa mobile suit yang telah disahkan termasuk:

  • RX-78-2 Gundam & MSN-02 Zeong (Mobile Suit Gundam)
  • XVX-016 Gundam Aerial (Mobile Suit Gundam: The Witch from Mercury)
  • OZ-00MS Tallgeese & XXXG-00W0 Wing Gundam Zero (Gundam Wing)
Kredit: Bandai Spirits

Walaupun tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan, trailer dan imej promosi telah dikeluarkan. Anda boleh mengikuti perkembangan terkini melalui media sosial rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gundam AssembleTabletop
ShareTweetSend
Previous Post

“Beta Test” Untuk MMORPG Crystal of Atlan Akan Datang – Daftar Sekarang!

Next Post

Azur Lane Terpaksa Hapuskan Beberapa Kostum Rare Akibat Polisi Google Play

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
Azur Lane Terpaksa Hapuskan Beberapa Kostum Rare Akibat Polisi Google Play

Azur Lane Terpaksa Hapuskan Beberapa Kostum Rare Akibat Polisi Google Play

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd