Sebuah group penjenayah online daripada Turki dilaporkan telah ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa tempatan sebab rembat USD$2.4 juta daripada sebuah syarikat cryptocurrency tempatan. Diorang menggunakan game PUBG untuk komunikasi dan rancang sebelum melakukan jenayah tersebut.
Memang syarikat yang ada Bitcoin, Ether yang banyak jadi sasaran geng-geng jenayah online. Syarikat yang terkini kena, berpengkalan di Istanbul dan 24 orang telah ditahan selepas pencarian seluruh negara melibatkan 8 wilayah di Turki.
https://twitter.com/RoccoDallas/status/1096114494130991105
Bahagian jenayah Cyber Turki mengesahkan 2 wallet syarikat ni dah di compromize dimana 13 juta lira ataupun USD$2.4 juta dalam bahaya. Operasi mencari melibatkan wilayah Istanbul, Ankara, Izmir, Afyonkarahisar, Bursa, Edirne, Bolu dan Antalya berjaya mengesan penjenayah ni. Dikatakan tunai 54,000 lira dan 1.3 juta lira cryptocurrency dirampas dan diserahkan semula kepada syarikat tersebut.
The fact that diorang guna PUBG untuk komunikasi menjadikan kes ni antara yang unik setakat ni. Sebab Blackberry dah takde, macam-macam taktik orang guna…
@gamersantaimy
Discussion about this post