Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Guilty Gear: Strive Tambah Empat Watak DLC Baharu Termasuk Lucy – Cyberpunk: Edgerunners!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 22, 2024
in Artikel, Berita, DLC, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Guilty Gear: Strive Tambah Empat Watak DLC Baharu Termasuk Lucy – Cyberpunk: Edgerunners!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Arc System Works telah mendedahkan kandungan akan datang untuk Guilty Gear: Strive Season 4, yang termasuk kepulangan watak Queen Dizzy dan Venom, watak baharu Unika, dan watak tetamu Lucy daripada Cyberpunk: Edgerunners.

Anda boleh menonton trailer di bawah untuk gambaran umum:

Queen Dizzy

Kredit: Arc System Works

Akan dilancarkan pada Oktober 2024, kepulangan Queen Dizzy ke dalam game amat wajar memandangkan dia dilihat sebagai salah satu watak paling popular dalam siri Guilty Gear. Ky Kiske merupakan suaminya manakala Sin Kiske ialah anaknya. Sebagai hibrid separuh Gear dan separuh manusia, Dizzy merupakan watak yang sangat kuat. Satu lagi hal yang menarik tentang Dizzy ialah sayapnya boleh berubah bentuk, dan merupakan antara mekanik penting dalam gameplay miliknya.

Venom

Kredit: Arc System Works

Akan ditambah pada awal 2025, Venom ialah pembunuh upahan dari Assassin’s Guild yang mempunyai hubungan dengan Zato-1. Senjata pilihannya ialah kayu pool dan semasa berlawan, Venom boleh menyeru serta mengawal bola biliard untuk menyerang pihak lawan.

Unika

Kredit: Arc System Works

Akan dikeluarkan sekitar 2025, Unika adalah watak baharu dalam siri Guilty Gear, tetapi juga akan muncul dalam anime, Guilty Gear Strive: Dual Rulers. Tidak banyak yang diketahui tentang Unika dan memandangkan asal usulnya tidak diketahui , gameplay-nya juga menjadi misteri.

Lucy

Kredit: Arc System Works

Juga akan dikeluarkan sekitar 2025, Lucy daripada siri anime Cyberpunk: Edgerunners akan muncul dalam Guilty Gear Strive sebagai watak tetamu pertama dalam siri. Merupakan seorang netrunner, dia mungkin akan menggunakan monowire dan aksi akrobatik lincah semasa berlawan.

Team of 3 Mode

Kredit: Arc System Works

Selain itu, ujian beta terbuka “Team of 3” akan diadakan dari 26 hingga 29 Julai yang menampilkan mode pertempuran 3v3. Ujian ini percuma kepada semua orang, bukan hanya untuk pemilik game Strive sahaja.

Bagi mereka yang berminat, Guilty Gear: Strive kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam, serta Xbox Game Pass.

Lihat di sini
Guilty Gear -Strive-
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Arc System Works
Release Date: 2021-04-06
PlayStation 4, PlayStation 5, Steam
Guilty Gear -STRIVE- adalah permainan fighting dalam siri Guilty Gear yang diumumkan pada Evo 2019. Ia akan menjadi judul utama yang ke-7 dan secara keseluruhannya adalah yang ke-24 dalam francais. Permainan ini akan dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan Steam.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CYBERPUNK: EDGERUNNERSGuilty Gear: Strive
ShareTweetSend
Previous Post

Disangka Mati, Heihachi Mishima Kembali Dalam Tekken 8 Sebagai Watak DLC!

Next Post

Previu Concord (Akses Beta) – Hero Shooter Yang Perlu Banyak Pembaikian!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Previu Concord (Akses Beta) – Hero Shooter Yang Perlu Banyak Pembaikian!

Previu Concord (Akses Beta) - Hero Shooter Yang Perlu Banyak Pembaikian!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd