Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Guilty Gear -Strive- Demo Preview: Visual meletup & perubahan sistem!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 16, 2021
in Artikel, Berita, Fighting, Pandangan Pertama, PC, PS4, PS5
0 0
0
Guilty Gear -Strive- Demo Preview: Visual meletup & perubahan sistem!
Share on FacebookShare on Twitter

Arc System Works adalah salah satu studio paling “legend” dalam genre fighting game dan akhirnya mereka akan mengeluarkan Guilty Gear -Strive-, ansuran terbaru dalam siri Guilty Gear mereka yang popular, pada tahun ini. Sebagai permainan utama yang ke-7 dalam siri, sudah banyak maklumat dikongsikan tentang Guilty Gear Strive, termasuk gameplay, game mode, watak, dan tarikh ujian beta terbuka, di mana ramai menganggapnya sebagai “fighting game” yang bagus untuk kita bermula di konsol next-gen.

Dengan pelancaran ujian beta terbuka pada hari jumaat ini, saya dapat peluang untuk melihat dan mencuba game ini buat pertama kali. Di sini saya akan menjelaskan beberapa perkara yang korang patut tahu sekiranya anda berminat untuk mencuba game ini. Tanpa melengahkan masa lagi, jom selami preview ini!

Reka bentuk & penampilan

Perkara yang paling menyerlah tentang game ini mestilah visual dan reka seninya. Setiap model dan animasi watak memang cantik di mana saya boleh melihat gabungan seni anime Guilty Gear Xrd dan gaya klasik Guilty Gear yang lama. Memang tidak banyak yang saya boleh complain tentang art style sebab saya rasa reka seni seperti ini pasti akan memenuhi cita rasa setiap kebanyakan pemain.

Kemudian, kita ada menu “character select“. Tidak banyak game yang rajin seperti ini, di mana Guilty Gear Strive akan memberitahu playstyle setiap watak dengan sebuah penerangan ringkas. Penjelasan pendek ini akan menggambarkan keistimewaan setiap watak dan antara contoh yang saya boleh beri adalah seperti “Axl, the long range duelist” atau “May, the relentless attacker.”

Pada masa yang sama, kita boleh melihat beberapa julat berbeza yang menjelaskan ciri-ciri watak. Ini sangat berguna bagi pemain baru dan pemain veteran untuk lebih mudah faham keunikan setiap watak dan membantu sesiapa sahaja yang baru dalam game ini bagi memahami bagaimana watak itu dimainkan dan bagaimana mereka sepatutnya digunakan. Malangnya, dengan memberi info-info penting seperti ini, estetika seni kelihatan lebih kosong dan minimalis supaya maklumat boleh dibaca dengan senang.

Akhir sekali yang menarik minat saya ialah menu “result” selepas kita menghabiskan pertarungan kerana ia mengumpulkan banyak maklumat penting untuk penilaian pemain. Dengan menilai “statistik” kita (Offense, Defense, Heart, dan Technique), ia berfungsi untuk membantu pemain memahami setiap playstyle berbeza dan melihat betapa baik mereka boleh berprestasi dalam gaya itu. Dari segi reka UI, inilah antara perkara yang saya rasa amat inovatif!

Gameplay & mekanik asas

Seperti mana-mana fighting game, Guilty Gear Strive mempunyai mekanik pertempuran yang lebih kurang sama. Oleh kerana mekanik lebih kurang sama, di sini saya hanya akan menjelaskan sistem yang membezakan Guilty Gear Strive dengan game lain.

Tension

Merupakan meter kuasa dalam permainan ini. Kita boleh menghabiskan meter untuk 3 perkara iaitu; Super (akan memakan meter sebanyak 50%), Roman Cancel (saya akan jelaskan kemudian di bawah) dan Faultless Defense (akan memakan meter bergantung kepada berapa lama kita membuat aksi ini). Satu perkara penting untuk diperhatikan adalah Tension tidak boleh dibawa ke pusingan seterusnya, jadi lebih baik kita habiskan sebelum pusingan berakhir.

RISC

RISC adalah meter ungu di bawah HP bar, yang akan meningkat setiap kali kita “block“. Walaupun damage tersebut akan berkurang semasa block, RISC bar ini akan semakin diisi. Semakin tinggi meter RISC, semakin tinggi lah damage musuh. Untuk menurunkan meter RISC, kita harus menyerang balas. Sistem ini sebenarnya berasal dari Xrd, tetapi saya gembira ia masih ada di Strive kerana akan memaksa pemain untuk kekal agresif.

Burst

Burst adalah abiliti yang dapat memantulkan musuh dan boleh digunakan sama ada untuk ofensif atau defensif. Ini satu-satunya meter yang kita boleh bawa pada pusingan seterusnya, di mana pemain tidak akan menerima lebih daripada satu Burst setiap pusingan, jadi pastikan anda menggunakannya dengan bijak. Kalau diri itu kena kombo oleh musuh, anda boleh guna Burst untuk melepaskan diri. Sebagai alternatif, anda juga boleh guna Burst untuk ofensif bagi menyambung kombo. Sekiranya abiliti ini terkena pihak lawan, ia akan mengisi meter hingga penuh.

Roman Cancel

Inilah mekanik yang paling unik dalam francais Guilty Gear. Untuk Strive, ia mendapat sedikit kemas kini untuk menjadikannya lebih mudah diakses bagi semua pemain. Apa yang dilakukan oleh Roman Cancel adalah ia memaksa kita kembali ke status “neutral“, di mana kita boleh melakukan serangan lain. Anda boleh menggunakan fitur ini untuk memanjangkan kombo atau melepaskan diri dari keadaan yang bahaya. Di Xrd, anda mempunyai pelbagai jenis Roman Cancel dengan kos meter yang berbeza, tetapi di Strive, ia dipermudahkan untuk sentiasa bernilai 50% tidak kira apa-apa situasi.

Pengalaman bermain demo

Oleh kerana ini adalah ulasan awal untuk media sahaja, sudah tentu saya tidak berpeluang untuk mencuba game ini secara online. Disebabkan itu, saya tidak akan sentuh tentang aspek ini. Game ini bermula dengan sebuah tutorial, yang bagi saya, agak interaktif. Kami akan melihat sebuah cutscene antara Sol dan Ky. Kedua-dua watak akan saling bercakap, dan bertindak balas terhadap apa yang kita lakukan dalam tutorial. Ia memang interaktif bagi sebuah tutorial biasa, tetapi tidak menjelaskan semua aspek-aspek penting seperti Roman Cancel, atau mekanik-mekanik yang lebih rumit dalam permainan.

Guilty Gear Strive akan dilancarkan dengan 15 watak, tetapi hanya 13 sahaja yang boleh dimainkan. Berikut adalah semua watak yang kita boleh cuba dalam beta Guilty Gear Strive:

  • Axi Low
  • Chipp Zanuff
  • Faust
  • Giovanna
  • Ky Kiske
  • Leo Whitefang
  • May
  • Millia Rage
  • Nagoriyuki
  • Potemkin
  • Ramlethal Valentine
  • Sol Badguy
  • Zato-1

Satu lagi fitur menarik yang saya dapat cuba ialah mekanik Wall Break baru, yang bertujuan untuk playstyle yang ofensif. Sekiranya anda memukul musuh hingga ke sudut paling jauh, akan ada kesan khas gelas sedang pecah di skrin. Menyerang musuh sekali lagi akan melancarkannya melalui dinding tersebut, lalu membawa pertarungan ke kawasan lain.

Untuk peminat lama, korang pasti kenal sistem Gatling di Xrd. Bagi mereka yang tidak tahu, sistem ini dapat meneruskan pergerakan kombo selagi ia mengikuti satu arah. Ia membuatkan permainan lebih mudah untuk pemain baru atau beginner, memandangkan mereka boleh melakukan kombo dengan lebih senang tanpa pening kepala. Tapi awak semua janganlah bayangkan kombo itu yang kaw-kaw padu. Itu memang kita kena buat sendirilah.

Sistem ini adalah salah satu cara untuk menggalakan pemain baru memahami dan mendalami game seperti tetapi malangnya, Strive tidak mempunyai sistem Gatling. Sebaliknya, kita perlu bereksperimen dalam mod Training untuk belajar setiap kombo watak. Bagi pemain yang level tinggi, sistem Gatling tidak memberikan perbezaan yang besar, tetapi untuk sesiapa yang memang tak pandai langsung main game seperti ini, ia hanya membuatkan pengalaman mereka semakin tertekan dan kecewa.

Ini yang membuatkan ramai peminat risau; “adakah Strive lebih menumpukan perhatian kepada mekanik, seperti Street Fighter V?” Bagi saya, jawapannya adalah ya. Pertempuran memang jauh lebih perlahan dan tidak fast-paced di mana terdapat banyak penekanan pada menyerang belas dari pemain main bantai belasah.

Saya juga mencadangkan supaya anda tidak membeli versi PS5 dahulu. Untuk pemain tegar, anda mesti ada fighting stick kan? Dukacita, hanya fighting stick tertentu sahaja yang berfungsi pada PS5 kerana kebanyakan produk hanya menyokong PS3 dan PS4 secara teknikal. Supaya tiada masalah berlaku, saya mengesyorkan anda membeli versi PS4 untuk “play-safe.”

Pendapat

Secara keseluruhan, saya agak berpuas hati dengan hala tuju Guilty Gear Strive. Pelbagai perubahan besar seperti reka seni dan sistem pertempuran telah dilakukan dan saya rasa itu adalah langkah yang berani untuk membezakannya dengan permainan-permainan lain dalam genre yang sama. Ia mungkin ada masalah daripada segi kemasan UI dan tidak “beginner-friendly” tetapi ini kan masih Beta.

Masih ada banyak masa untuk pasukan pembangunan membuat perubahan pada sistem dan menukar perkara yang peminat tidak suka atau kurang gemar dalam beta ini. Memandangkan ini game pertama oleh Arc System Works untuk menggunakan roll back net code, saya melihat masa depan yang cerah untuk Guilty Gear Strive dan francais Guilty Gears pada masa akan datang.

Gameplay

Lihat di sini
Guilty Gear -Strive-
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Arc System Works
Release Date: 2021-04-06
PlayStation 4, PlayStation 5, Steam
Guilty Gear -STRIVE- adalah permainan fighting dalam siri Guilty Gear yang diumumkan pada Evo 2019. Ia akan menjadi judul utama yang ke-7 dan secara keseluruhannya adalah yang ke-24 dalam francais. Permainan ini akan dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan Steam.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Arc System WorksBETADemoGuilty Gear -Strive-PreviewPS4
Previous Post

One-Punch Man akhirnya memperkenalkan Hero No. 1 Blast!

Next Post

Overcooked! All You Can Eat bersedia menghadap kaos kulinari anda 23 Mac ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Overcooked! All You Can Eat bersedia menghadap kaos kulinari anda 23 Mac ini!

Overcooked! All You Can Eat bersedia menghadap kaos kulinari anda 23 Mac ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd