Guerilla, pembangun Horizon Forbidden West telah memperkenalkan banyak kemahiran dan kebolehan baru untuk permainan itu. Ia yang merupakan sekuel kepada keluaran eksklusif PlayStation 2017 Horizon Zero Dawn, ialah permainan open world RPG yang berpusat pada Aloy, heroin berkarisma dalam usaha untuk mendedah dan memusnahkan mesin yang mengancam dunianya.
Horizon Zero Dawn juga menampilkan dunia yang luas dengan persekitaran yang subur dan pelbagai, jalan cerita yang hebat, pertempuran yang dinamik dan banyak alatan serta senjata untuk dipilih semasa merentasi landskap. Dengan Guerilla, tidak syak lagi ingin menambah baik banyak ciri ini dalam sekuel yang akan datang. Mereka perlahan-lahan menurunkan sedikit maklumat baharu untuk Horizon Forbidden West yang dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2022. Satu lagi maklumat penting ialah trailer permainan yang didedahkan pada bulan Jun sudah pasti membuatkan ramai pemain teruja untuk meninjau apa yang akan datang dalam sekuel itu.

Artikel PlayStation baru-baru ini membincangkan banyak kemahiran dan kebolehan baru yang dipaparkan dalam Horizon Forbidden West. Antara ciri baharu ialah Aloy boleh memanjat bebas di kawasan berbatu, menggunakan jenis mesin baru untuk ditunggang, berenang di bawah air dan meluncur melintasi udara menggunakan Shieldwing. Ciri workbench, yang merupakan ciri baru dalam permainan ini akan memberikan pemain kebolehan untuk meningkatkan senjata dan perisai mereka semasa mereka menerokai landskap.
Artikel itu seterusnya menerangkan bagaimana teknologi generasi seterusnya menjadi tumpuan berat apabila membangunkan Horizon Forbidden West. Teknologi seperti adaptive trigger pada controller Dualsense PlayStation telah digunakan secara meluas dalam permainan. Permainan ini juga akan memberikan kebolehan Valor Surge Aloy yang merupakan kemahiran berkuasa yang dibuka sepanjang permainan dengan menggunakan Valor terkumpul yang diperoleh pemain. Beberapa ciri lain yang ditunjukkan ialah variasi senjata serba baru, mekanik tempur dan skill tree yang direka bentuk semula dan dipertingkatkan sepenuhnya.

Horizon Forbidden West dikatakan akan menjadi sekuel yang menyeronokkan dan menarik kepada pendahulunya. Ia mempamerkan banyak keupayaan perkakasan PlayStation 5 yang mengagumkan. Walaupun begitu, masih ramai yang tidak memiliki konsol tersebut. Guerilla juga mengeluarkan versi PS4 supaya ramai pemain boleh bermain sekuel tersebut walaupun tidak mampu memperoleh pengalaman sepenuhnya seperti versi PS5. Permainan ini akan dilancarkan pada 22 Februari 2022 dan berharap ramai orang akan teruja untuk bermainnya. Jika anda ingin liputan lanjut mengenai Horizon Forbidden West, anda boleh klik pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post