Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gudetama : An Eggcellent Adventure Dedahkan Key Art Serta Pelakon Suara Protagonis!

Maira by Maira
November 2, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Gudetama : An Eggcellent Adventure Dedahkan Key Art Serta Pelakon Suara Protagonis!
Share on FacebookShare on Twitter

Kadang-kadang kalau tengok telur mesti teringat pada karakter Sanrio, Gudetama. Kalau anda ingin tahu, Gudetama mendapat sebuah siri live action tersendiri yang bertajuk “Gudetama : An Eggcellent Adventure”. Poster baru untuk siri itu juga telah didedahkan.

Mesti ramai yang tertanya siapakah pelakon suara yang memegang watak-watak comel ini. Berita baiknya pengumuman mengenainya telah dibuat! Untuk suara Gudetama dan 24 telur yang lain, ianya akan dibawa oleh Shunsuke Takeuchi (Tokyo Revengers, Vinland Saga 2, King of Prism). Banyak juga jenis suara yang akan dihasilkan untuk setiap watak nanti. Manakala Shakipiyo pula akan dimainkan oleh Seiran Fukushima.

Ingin tahu apa yang akan anda tonton daripada siri Gudetama : An Eggcellent Adventure? Berikut adalah sinopsis untuk siri tersebut.

Bersedia untuk perjalanan jalan raya mencari ibu yang penuh dengan keletihan dan empati dengan Gudetama dan Shakipiyo! Setelah pasrah dengan hakikat bahawa mereka hanya akan berakhir di pinggan seseorang, Gudetama hanya mahu menjadi malas sepanjang masa. Tetapi, terpengaruh dengan anak ayam Shakipiyo yang semakin berani dan sombong, mereka meninggalkan peti sejuk dan keluar melihat dunia. Bersama-sama Gudetama dan Shakipiyo, bermulalah sebuah pengembaraan untuk mencari ibu mereka!

Sepanjang perjalanan mereka, mereka bertemu pelbagai telur dan belajar bagaimana setiap telur dimasak. Gudetama mula berfikir tentang nasibnya sendiri dan menyedari ia mesti melakukan sesuatu atau hanya menjadi busuk! Bolehkah Gudetama, yang tidak mahu bergerak atau bekerja, benar-benar sampai ke pangkuan ibunya?

Shunsuke Takeuchi

Antara pelakon yang turut terlibat dalam siri ini ialah Akiyoshi Nakao, Serena Motola dan Sarutoki Minagawa. Staf yang terlibat dalam penghasilan siri adalah seperti berikut:

  • Pengarah: Motonori Sakakibara
  • Komposisi siri: Yoichi Kato
  • Muzik: Koji Endo
  • Produksi: OLM
  • Kerjasama Pengeluaran: L’ESPACE FILM

Lagu tema siri bertajuk “Gudetama Koshinkyoku” pula dihasilkan oleh Yuko Hara. Siri Gudetama : An Eggcellent Adventure akan ditayangkan pada 13 Disember di Netflix. Kalau anda berminat untuk menontonnya, jangan lupa untuk langgan platform tersebut.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri Netflix daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GudetamaGudetama : An Eggcellent Adventure
Previous Post

Vampire Survivor & Football Manager 2023 bakal tersedia di Xbox Game Pass November ini.

Next Post

Streamer mereplikasikan Yu-Gi-Oh di dunia sebenar, ada Blue Eyes White Dragon!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Streamer mereplikasikan Yu-Gi-Oh di dunia sebenar, ada Blue Eyes White Dragon!

Streamer mereplikasikan Yu-Gi-Oh di dunia sebenar, ada Blue Eyes White Dragon!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd