Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GTX 1650 kini “GPU paling popular”, menurut Steam Hardware Survey – Murah & cekap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 5, 2022
in Artikel, Berita, Desktop, GPU, Hardware, Komputer, Teknologi
0 0
0
GTX 1650 kini “GPU paling popular”, menurut Steam Hardware Survey – Murah & cekap!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas sekian lama menunggu, akhirnya masalah kekurangan GPU semakin bertambah baik dan harga barang pun kembali normal. Di sini, Steam telah mengeluarkan keputusan ‘Hardware Survey‘ pada bulan November lalu untuk menunjukkan efek baik pulih di pasaran. Ternyata, kad grafik GTX 1650 kini adalah GPU paling popular di seluruh dunia!

Buat mereka yang tidak tahu, Steam Hardware Survey dijalankan setiap bulan untuk menunjukkan komponen apa yang paling banyak digunakan oleh para gamer. Salah satu bahagian paling menarik dalam survey pasti adalah bahagian “GPU” yang mencatatkan GTX 1650 sebagai “GPU paling kerap digunakan oleh majoriti gamer”.

Jadi mengapa GTX tiba-tiba menjadi popular?

Menurut kata orang ramai di forum internet, penjelasan umum adalah;

GPU ini dahulu mempunyai spesifikasi VRAM 4GB dan jenis memori GDDR5 yang pada masa itu ramai anggap lemah, tetapi kini digantikan oleh varian memori GDDR6. Itu sebabnya ramai tidak memakai GPU ini semasa mula-mula dikeluarkan.

Kedua, kad grafik ini ideal untuk mereka yang ingin jimat kuasa tetapi mempunyai kuasa pemproses yang cukup handal untuk menguruskan sesi gaming/content creation.

Satu lagi hal yang membuatkan GPU ini popular adalah harganya yang murah. Jika beli baru, anda boleh dapatkan GPU ini pada harga RM700+. Kalau ingin lagi murah, korang boleh cuba mendapatkan jenis “secondhand” yang harganya boleh cecah serendah RM350+. Cuma, anda perlu berhati-hati supaya tidak kena tipu.

Kembali ke senarai GPU, GTX 1060 yang dahulu menjadi raja, kini jatuh di tempat kedua. GPU ini asalnya dilancarkan pada tahun 2016 dan telah menjadi pilihan gamer di seluruh dunia sejak Januari 2018. Di tempat ketiga adalah RTX 2060, diikuti oleh RTX 3060 Laptop GPU, GTX 1050 Ti.

GPU apa yang korang sedang pakai untuk setup PC sekarang? Jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang teknologi, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GPUGTX 1650steamTeknologi
Previous Post

Demo Game PS5 Kini Lebih Mudah Dicari di PS Store! Gunakan Filter Sahaja!

Next Post

Promotional art The Flash dedahkan 2 hero lain termasuk Batman & Supergirl!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Promotional art The Flash dedahkan 2 hero lain termasuk Batman & Supergirl!

Promotional art The Flash dedahkan 2 hero lain termasuk Batman & Supergirl!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd