Rockstar Games secara rasmi telah melancarkan free update untuk Grand Theft Auto V (GTA V) di PC, yang kini boleh diakses melalui Rockstar Games Launcher, Steam, dan Epic Games Store.
Update ini membawa macam-macam ciri generasi baharu yang sebelum ini eksklusif untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S, memberikan peningkatan prestasi dan pengalaman gameplay yang lebih lancar di PC moden.
Pemain yang sudah memiliki GTA V di PC boleh menaik taraf secara percuma, dengan pilihan untuk memindahkan progres Story Mode dan Online. Bagi pemain baharu yang membeli GTA V buat kali pertama, mereka akan menerima versi Enhanced dan juga versi Legacy.

Pemain boleh menikmati Hao’s Special Works (HSW), yang membolehkan akses kepada kenderaan canggih-canggih, Chameleon Paint, serta modifikasi eksklusif. Beberapa kenderaan baharu yang ditambahkan termasuk:
- Pegassi Weaponized Ignus (supercar)
- Coil Cyclone II (supercar)
- Karin S95 (sports car)
- Imponte Arbiter GT (muscle car)
- Pfister Astron Custom (SUV)
Selain itu, ahli GTA+ boleh menebus Principe Deveste Eight (Super) secara percuma sehingga 28 Mei sebagai sebahagian daripada Classics Collection, bagi meraikan pelancaran GTA+ di PC.

Pemain juga boleh mencuba cabaran baharu, Wildlife Photography Challenge, yang membolehkan mereka meneroka ekosistem haiwan liar di Chiliad Mountain State Wilderness.
Selain itu, Landing Page baharu telah direka semula untuk memudahkan pemain lama kembali ke dalam game, manakala pemain baharu boleh memanfaatkan Career Builder yang kini menawarkan bonus permulaan GTA$4,000,000 untuk memilih salah satu daripada empat laluan jenayah.
Sementara itu, update Oscar Guzman Flies Again kini tersedia, memperkenalkan McKenzie Field Hangar sebagai hab baharu untuk perniagaan penyeludupan senjata, lengkap dengan misi, pesawat, dan kandungan baharu.
Peningkatan Grafik dan Teknologi
Pemain dengan spesifikasi PC yang disyorkan kini boleh menikmati ray tracing, termasuk bayang-bayang, pantulan, ambient occlusion, dan pencahayaan global berasaskan ray tracing. Kemas kini ini turut menambah sokongan berikut:
- AMD FSR dan NVIDIA DLSS (sokongan Frame Generation akan datang)
- Sokongan DualSense, termasuk adaptive trigger
- Loading time lebih pantas menggunakan SSD dan DirectStorage untuk peranti yang disokong
- Resolusi, nisbah aspek, dan kadar bingkai yang lebih tinggi
- Audio yang dipertingkatkan, dengan sokongan Dolby Atmos dan kualiti bunyi yang lebih baik

Versi Legacy GTAV masih boleh dimainkan bagi mereka yang tidak mempunyai spesifikasi PC yang mencukupi untuk versi baharu. Namun, pemain Legacy dan Enhanced akan berada di server berasingan, jadi pastikan anda menggunakan versi yang sama untuk bermain bersama rakan.
Kemas kini ini juga memperkenalkan perlindungan anti-cheat berasaskan kernel dan moderasi suara secara proaktif dalam GTA Online, menjadikan pengalaman bermain lebih selamat dan adil.
@gamersantaimy
Discussion about this post