GTA: The Trilogy – The Definitive Edition baru sahaja dilancarkan tetapi ramai pemain yang tidak puas hati dengan permainan itu. Di Metacritic, permainan ini kena review bom oleh ramai pemain. Koleksi permainan klasik ini telah dilancarkan penuh dengan bug, reka bentuk yang teruk dan pelbagai masalah lain. Keadaan menjadi lebih teruk apabila pemain PC tidak dapat bermain permainan itu pada hari pelancaran kerana masalah pada launcher dan permainan itu terpaksa ditarik balik kerana beberapa isu lain. Ini membuatkan ramai pemain meminta semula bayaran balik selepas kekecewaan yang dirasai.

Sejak permainan itu dikeluarkan di PC, Xbox, PlayStation dan Switch pada 11 November lalu, GTA Trilogy telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan pemain kerana masalah grafik dan penyingkiran mod local co-op dalam San Andreas. Ramai peminat juga kecewa apabila soundtrack yang pernah menjadi ikonik terpaksa dibuang daripada permainan itu kerana isu perlesenan yang rumit. Bukan setakat itu sahaja, beberapa model watak dalam permainan juga nampak seperti lebih kartun dan menyeramkan.

Peminat yang terlampau kecewa telah meluahkan perasaan mereka melalui laman review, Metacritic. Permainan itu kini mempunyai skor sebanyak 0.5 untuk versi PC, menjadikannya salah satu permainan PC yang paling teruk pada tahun ini. Ramai pemain yang review pada lawan tersebut mengatakan bahawa ia mengingatkan mereka pada pelancaran Cyberpunk 2077 pada tahun 2020 malah ada juga mengatakan ini juga mungkin “pengakhiran untuk Rockstar.”

Ramai pemain yang meragui mengenai GTA Trilogy ini sebelum ia dikeluarkan, tetapi sukar untuk membayangkan betapa negatifnya permainan itu akan diterima semasa pelancarannya. Ramai peminat mendakwa bahawa koleksi trilogi ini hanyalah “cash grab” daripada permainan AAA yang terkenal dulu dan agak membimbangkan jika perkara itu benar.
GTA: The Trilogy – The Definitive Edition versi PC sudah dikembalikan pada launcher Rockstar, dan katanya terdapat beberapa kemas kini akan diberikan untuk versi tersebut. Jadi pemain PC yang ingin bermain permainan ini, anda bolehlah ke launcher Rockstar untuk membeli permainan tersebut. Harap-harap kemas kini yang baru dapat membuatkan pengalaman bermain GTA lebih baik dari sebelumnya.
Untuk mendapatkan liputan lain untuk permainan ini, sila klik pada pautan ini.
Sumber: ScreenRant
@gamersantaimy
Discussion about this post