Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GTA 6 diberi nama Project Americas!? Serta maklumat baru untuk tarikh keluaran & gameplay!

Masih khabar angin dan tiada bukti kukuh.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 2, 2019
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
GTA 6 diberi nama Project Americas!? Serta maklumat baru untuk tarikh keluaran & gameplay!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lebih dari enam tahun sejak Rockstar mengeluarkan Grand Theft Auto V. Kini dengan PlayStation 5 dan Xbox Project Scarlett hampir keluar, butiran terbaru mengenai GTA VI telah mula tersebar atas talian. Segala yang kita tahu tentang game ini menunjukkan bahawa ia mengambil inspirasi daripada siri Netflix Narcos, di mana ramai telah mendakwa bernama Project Americas. Maklumat baru yang dimuat naik ke Reddit minggu ini makin memperkuatkan beberapa pernyataan sebelum, dan mungkin menunjukkan tarikh keluaran potensial untuk GTA VI.

Ahli Reddit CurryLav memuat naik senarai makluat yang didakwa telah diperolehi oleh sumber di Rockstar India. Mereka berkata GTA 6 sudah dalam pembangunan dan membocorkan beberapa maklumat gameplay.

Some reliable info from my source at Rockstar India. from r/GTA6

Setakat ini, maklumat berkata GTA 6 ialah pada skala yang lebih besar daripada Red Dead Redemption. Jika tempoh pembangunannya sama seperti GTA V, judul terbarunya mungkin akan keluar selewat 2026. Walaupun dengan tarikh pelepasannya jauh, Rockstar mempunyai sejarah untuk mengumumkan game GTA beberapa tahun awal sebelum tarikh yang ditetapkan. Kedua-dua GTA V dan GTA IV diumumkan dua tahun sebelum pelancaran. Rockstar mungkin akan menggunakan taktik yang sama kerana ia terbukti sebagai strategi yang boleh naikkan minat.

CurryLav juga menyebutkan dua mekanik gameplay yang mungkin akan digunakan di GTA 6 iaitu sistem cuaca dinamik dan pengakhiran cerita yang banyak.

Maklumat berkata sistem cuaca dan bencana alam seperti taufan, banjir, dan petir akan dimasukkan ke dalam permainan. Ini menunjukkan bahawa pemain perlu bersiap sedia untuk mengelakkan bencana-bencana di atas. Pilihan yang dibuat oleh pemain juga akan membentuk bagaimana permainan ini berakhir. GTA V memberi pemain tiga pilihan yang berbeza untuk bagaimana menamatkan permainan berdasarkan satu keputusan tunggal terakhir. Tidak jelas jika CurryLav maksudkan perkara yang sama untuk GTA VI, atau jika setiap aksi pemain sepanjang permainan akan membawa kepada pengakhiran yang berbeza.

Jika khabar angin ini terbukti tepat, GTA VI akan menjadi satu game open-world yang peminat pasti tergamam main.

Sumber – CurryLav

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: grand theft autogta 6GTA VINarcosProject AmericasredditrockstarRockstar India
Previous Post

Masih mencari Roles paling sesuai dalam pasukan anda di PUBG Mobile? Mungkin ini dapat membantu anda!

Next Post

Mecha sentiasa menjadi kegemaran dalam anime! Jadi ini antara anime Mecha yang hebat boleh korang tengok!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Mecha sentiasa menjadi kegemaran dalam anime! Jadi ini antara anime Mecha yang hebat boleh korang tengok!

Mecha sentiasa menjadi kegemaran dalam anime! Jadi ini antara anime Mecha yang hebat boleh korang tengok!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd