Semalam, GSC mengumumkan bahawa mereka akan menayangkan filem Doraemon the Movie: Nobita’s Earth Symphony di Malaysia pada 25 Julai 2024.
Sempena pengumuman ini, mereka turut memuat naik trailer khas yang anda boleh tonton di bawah:
Sinopsis

“Nobita sedang berlatih bermain recorder sebagai persediaan untuk konsert sekolahnya. Tiba-tiba seorang gadis misteri bernama Mikka, muncul di hadapannya.”
“Suka dengan bunyi santai dan riang mereka, dia menjemput Nobita, Doraemon dan rakan-rakan lain ke “dewan muzik” yang dicipta atas planet khas di mana muzik menjadi sumber tenaga.”

“Untuk menyelamatkan dewan muzik ini, Mikka mencari ahli muzik untuk membuat persembahan bersamanya. Doraemon dan rakan-rakan memilih alat muzik masing-masing, lalu bermain bersama Mikka, lantas memulihkan Dewan Muzik secara beransur-ansur.”
“Walau bagaimanapun, makhluk menyeramkan yang ingin memadamkan muzik datang menghampiri, dan kini Bumi berada dalam bahaya! Adakah mereka dapat menyelamatkan “masa depan muzik” dan bumi?”
Tentang Filem Ini

Doraemon the Movie: Nobita’s Earth Symphony ialah filem ke-43 daripada francais Doraemon yang dicipta oleh Fujiko F. Fujio, dan merupakan salah satu projek untuk Ulang tahun ke-90 Fujiko F. Fujio. Menampilkan tema fiksyen sains fantasi muzik, filem ini diarahkan oleh Kazuaki Imai, manakala Teruko Utsumi menulis skrip untuk filem anime tersebut.
Sudah pun dikeluarkan di pawagam Jepun pada 1 Mac 2024, filem ini menduduki tempat #1 pada hujung minggu pembukaan, dan menjual sebanyak 542,000 tiket untuk total kira-kira 663 juta yen dalam tiga hari pertama.

@gamersantaimy
Discussion about this post