Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GSC Akan Tayangkan ‘Detective Conan: The Million-dollar Pentagram’ Pada 11 Julai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 24, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
GSC Akan Tayangkan ‘Detective Conan: The Million-dollar Pentagram’ Pada 11 Julai!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat peminat anime kerana hari ini, GSC mengumumkan bahawa mereka akan menayangkan filem anime Detective Conan: The Million-dollar Pentagram pada 11 Julai, hanya di pawagam mereka di Malaysia.

Sempena pengumuman ini, GSC turut memuat naik video trailer filem terbaru Detective Conan yang anda boleh tonton di bawah:

Diarahkan oleh Chika Nagaoka, Detective Conan: The Million-dollar Pentagram merupakan filem animasi ke-27 dalam siri filem Detective Conan berdasarkan siri manga oleh Gosho Aoyama. Sudah pun dikeluarkan di Jepun pada 12 April 2024, ia menerima sambutan yang sangat-sangat positif di mana ia dipuji kerana jalan cerita, skrip, dan watak-wataknya, terutamanya Kaito Kid, Ran, dan Heiji.

Kredit: GSC

Filem ini sangat sukses sehingga memperoleh kutipan lebih ¥15 bilion, lantas menjadikannya filem Jepun dengan kutipan tertinggi pada tahun 2024 setakat ini. Bukan itu sahaja, ia juga adalah filem Detective Conan dengan kutipan tertinggi, filem ke-15 dengan kutipan tertinggi sepanjang masa di Jepun dan filem anime ke-9 dengan kutipan tertinggi di Jepun.

Kredit: GSC

Sinopsis

Kredit: GSC

“Satu mesej telah tiba daripada Kid the Phantom Thief, yang memberitahu dia akan mencuri pedang Jepun milik Keluarga Onoe yang kaya di Hakodate, Hokkaido. Conan dan Heiji Hattori, yang kebetulan berada di Hakodate, menerima kes ini untuk menangkap Kid. Koleksi Keluarga Onoe dikaitkan dengan Toshizo Hijikata, seorang tokoh bersejarah yang mati di Hakodate. Mengapa Kid, yang hanya mencuri berlian dan permata, tiba-tiba mencuri pedang Jepun?”

“Secara kebetulan peguam keluarga Onoe ditemui dibunuh di daerah gudang, nampaknya dibunuh oleh pedang Jepun. Suspek ialah pelabur/penjual senjata yang dikatakan mengejar harta karun keluarga Onoe.”

“Datuk kepada ketua keluarga Onoe rupanya terlibat dengan tentera semasa perang, dan didakwa menyembunyikan beberapa senjata kuat yang boleh “mengubah arus perang” di suatu tempat di Hakodate. Adakah Kid mengejar senjata itu? Sementara itu Heiji cuba mencari sudut pandangan yang sempurna untuk meluahkan cintanya kepada Kazuha…”

“Di antara bunga sakura, pemburuan harta karun yang menarik bermula!”

Kredit: GSC
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDetective Conan: The Million-dollar PentagramGSC
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Malaysia Lancar Curved Monitor Nitro ED343CURH, Bernilai Hanya RM1,099!

Next Post

Pengalaman Kami Di TableCon Quest 2024 – Saya Sekarang Peminat Tabletop!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!
Preview

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!

June 13, 2025
Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia
Demo

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia

June 13, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform

June 13, 2025
Next Post
Pengalaman Kami Di TableCon Quest 2024 – Saya Sekarang Peminat Tabletop!

Pengalaman Kami Di TableCon Quest 2024 - Saya Sekarang Peminat Tabletop!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd