Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba kerana hari ini, kita dapat pengesahan oleh Rockstar Games bahawa Grand Theft Auto 6 (VI) rasmi akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series pada tahun 2025. Sempena itu, mereka turut mengeluarkan trailer pertama yang menampilkan lagu “Love is a Long Road” oleh Tom Petty.
Anda boleh menonton trailer di bawah:
Pertama sekali, trailer di atas mengesahkan bahawa game ini akan berlangsung di Leonida, Vice City, yang diinspirasikan oleh Miami, Florida; dan bermula dengan adegan waktu matahari terbenam, yang kemudiannya beralih ke lokasi Vice City Penitentiary (penjara).

Seorang pegawai pengawal bertanya – “Lucia, adakah anda tahu mengapa anda berada di sini,”.
“Nasib malang, saya rasa,” – jawab wanita Latina itu yang baju penjara berwarna jingga.

Daripada visual dan sinopsis daripada Rockstar Games, naratif kali ini akan memfokuskan pada Lucia, yang baru sahaja keluar dari penjara. Selepas dibebaskan dari penjara, nampaknya dia tidak dapat lari daripada masalah dan masih melakukan jenayah di Vice City bersama teman lelakinya.

Pandangan pertama ini juga mengesahkan bahawa GTA 6 akan menjadi game pertama dalam francais untuk menampilkan protagonis wanita. Bukan itu sahaja, trailer turut menunjukkan bahawa GTA 6 mungkin akan menampilkan sistem dua (playable character) dua watak yang boleh dimainkan, yang nampaknya adalah pasangan tersebut.
Walaupun Rockstar Games tidak memberi kepastian, tetapi buktinya seolah-olah di depan mata.

Selepas tamatnya adegan Lucia, adegan berikutnya menunjukkan bandar luas Vice City sambil memperkenalkan pelbagai aspek tentang bandar dan penduduknya, termasuk pemandangan paya, pantai, dan kelab malam yang menghiasi bandar neon itu.

Bak kata Sam Houser selaku Pengasas Rockstar Games;
“Grand Theft Auto VI meneruskan usaha kami untuk menolak had apa yang mungkin dalam pengalaman dunia terbuka yang sangat mengasyikkan dan didorong oleh cerita. Kami sangat teruja kerana dapat berkongsi visi baharu ini dengan semua pemain.”
Buat masa ini, itu sahaja info yang kami peroleh. Jika Rockstar mengumumkan info lanjut, saya akan mengemas kini artikel dengan sewajarnya.
Sekali lagi saya ingatkan, Grand Theft Auto 6 akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series pada tahun 2025.
Dapatkan segala berita kami tentang GTA di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post