Kami tahu ramai yang ternanti-nantikan game terbaharu Grand Theft Auto (GTA) 6, lebih-lebih lagi setelah banyak klip yang dilepaskan pada tahun lepas. Baru-baru ini, penerbit game Grand Theft Auto, Take-Two Interactive telah mengeluarkan laporan pendapatan tahunan mereka serta mengongsikan bahawa akan ada projek besar untuk fiskal tahun 2025 dan 2026.

Untuk pengetahun anda, fiscal 2025 syarikat itu bermula pada bulan April 2024. Jadi berkemungkinan besar kita dapat bermain Grand Theft Auto 6 tahun depan. Kalau bukan pada tahun depan, mungkin juga ia akan dilancarkan pada awal 2025. Berikut adalah petikan daripada laporan tersebut:
“Pada Fiskal 2025, kami menjangkakan untuk memasuki era baharu ini dengan melancarkan beberapa tajuk hebat yang kami percaya akan menetapkan piawaian baharu dalam industri kami dan membolehkan kami mencapai lebih $8 bilion dalam Net Booking dan lebih $1 bilion dalam Adjusted Unrestricted Operating Cash Flow. Kami menjangka dapat mengekalkan momentum ini dengan menyampaikan hasil operasi yang lebih tinggi dalam Fiskal 2026 dan seterusnya.”

Walaupun nama GTA 6 tidak pun disebut dalam laporan tersebut, tetapi tiada game lain yang terlintas dalam fikiran selain daripada game Grand Theft Auto. Apabila ditanya oleh IGN, CEO Take-Two Strauss Zelnick tidak mengesahkan mahu menidakkan bahawa GTA 6 mungkin faktor kepada perancangan mereka.

GTA 6 juga masih aktif dibangunkan oleh Rockstar Games. Harap-harap bolehlah kita mendapat kemas kini terbaharu mengenainya nanti. Apa pula pandangan anda mengenai perkara ini? Anda boleh kongsikannya di ruang komen!
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai GTA daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post