Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Granblue Fantasy: Relink Akan Tersedia Pada Februari 2024 – Pengumuman bersama Visual!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 5, 2023
in Action, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Granblue Fantasy: Relink Akan Tersedia Pada Februari 2024 – Pengumuman bersama Visual!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA telah mnengesahkan bahawa judul aksi, Granblue Fantasy: Relink, akan dikeluarkan di seluruh dunia pada 1 Februari 2024 di PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC Steam.

Sempena itu, anda boleh menonton trailer di bawah untuk mendapatkan gambaran umum tentang game:

Jalan cerita

Kredit: SEGA

Granblue Fantasy berlangsung di Sky Realm, sebuah dunia di mana banyak pulau terapung di sebalik langit biru yang luas. Ambil peranan sebagai kapten kepada krew kapal terbang, disertai oleh seekor naga kecil bernama Vyrn dan seorang gadis muda dengan kuasa misteri bernama Lyria. Bersama, anda belayar dengan ahli kru yang unik, ke Estalucia, sebuah pulau dongeng di penghujung langit.

Kredit: SEGA

Di Zegagrande Skydom, pulau-pulau dikawal oleh makhluk berkuasa yang dikenali sebagai primal beast dan angin membawa kisah tentang organisasi rahsia yang dikenali sebagai Church of Avia. Bongkarkan misteri yang menjangkau jauh di luar sempadan Zegagrande dan terlibat dalam perang untuk menentukan nasib Sky Realm.

Gameplay

Kredit: SEGA

Libatkan diri dalam pertempuran real-time dengan empat parti dalam RPG aksi ini—pilih daripada senarai watak yang unik, masing-masing dengan senjata, kemahiran dan gaya tempur sendiri. Kerjasama amat penting dengan mekanik berasaskan parti seperti Link Attacks dan Chain Bursts untuk membantu anda menumpaskan musuh dalam cara yang menakjubkan.

Kredit: SEGA

Hadapi quest secara solo atau dengan bantuan rakan lain untuk gameplay co-op sehingga empat pemain dan kalahkan musuh untuk mendapatkan sumber penting bagi meningkatkan lagi peralatan anda. Setiap musuh dan parti mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri – jadi kunci kemenangan terletak pada betapa pantas anda menyesuaikan diri pada situasi.

Kredit: SEGA

Jika anda kurang suka pertempuran pantas, “mode bantuan” menyediakan banyak ciri kebolehaksesan untuk pemain daripada semua peringkat kemahiran. Sebagai contoh, anda boleh mengaktifkan “Full Assist” agar semua aksi dilakukan secara automatik semasa pertempuran!

Selain daripada misi sampingan, Fate Episodes pula membolehkan anda mendalami latar belakang setiap ahli krew supaya pemain dapat mengenali mereka dengan lebih intim.

Kredit: SEGA

Pre-order untuk game ini sudah bermula dan tersedia dalam Standard Edition Standard, Deluxe Edition, dan Collector’s Edition. Bagi mereka yang berminat, Granblue Fantasy: Relink akan dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam pada 1 Februari 2024.

Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: granblue fantasyGranblue Fantasy: Relink
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Anime “The Tunnel to Summer, the Exit of Goodbyes” Akan Tayang di TGV Cinemas Malaysia pada 12 Oktober!

Next Post

The Dark Pictures Anthology: Little Hope kini di Nintendo Switch! Download sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
The Dark Pictures Anthology: Little Hope kini di Nintendo Switch! Download sekarang!

The Dark Pictures Anthology: Little Hope kini di Nintendo Switch! Download sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd