Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GPU Nvidia RTX 4090 terlalu kuat hingga cair kabel PC, ramai takut nak upgrade!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 25, 2022
in Artikel
0 0
0
GPU Nvidia RTX 4090 terlalu kuat hingga cair kabel PC, ramai takut nak upgrade!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun diakui sebagai kad grafik terhebat di dunia (setakat ini), nampaknya GPU RTX 4090 terlalu kuat hingga mencairkan kabel kuasa 16 pin. Sedang viral di internet, ramai di dalam komuniti PC mula menghentam syarikat Nvidia dan Gigabyte kerana isu tersebut.

Sumber – reggie_gakil di Reddit

Kisahnya begini, seorang netizen memuat naik gambar yang menunjukkan kabel kuasa RTX 4090-nya yang cair. Lelaki itu, yang bernama “reggie_gakil”, memberitahu bahawa semasa bermain Red Dead Redemption 2, kad grafiknya mula berasap. Tidak lama selepas itu, GPU-nya gagal berfungsi, lalu skrin monitor menjadi gelap sepenuhnya.

Sumber – reggie_gakil di Reddit

Apabila membuka casing, reggie_gakil terkejut untuk melihat sebahagian daripada kabel kuasa GPU rupa-rupanya telah hangus. Kemudian, dia menceritakan kejadian ini di Reddit. Sebagai tambahan, GPU ini datang daripada Gigabyte -jenama sama yang dipersalahkan atas kegagalan GPU 3080 Ti pada tahun lepas.

Selepas viral, komuniti PC memberi pendapat masing-masing tentang “sebab-sebab GPU RTX 4090 boleh gagal”. Buat masa ini, ramai berpendapat yang kabel kuasa RTX 4090 telah cair kerana kuasa tidak dioptimumkan, dan keperluan kuasa yang terlalu besar.

Sumber – reggie_gakil di Reddit

Ini bukan kali pertama Nvidia menjadi perbualan topik di kalangan pemain PC. Tahun lepas, selepas pelancaran siri 3080 Ti, pemain mula melaporkan skrin hitam dan kipas GPU yang terlalu bising. Pada mulanya, game New World oleh Amazon disalahkan, tetapi selepas melakukan penyiasatan, pesalah sebenar adalah kad grafik 3080 Ti oleh Gigabyte yang tidak menjaga kualiti.

Buat sesiapa yang berminat, korang boleh baca perbualan Reddit penuh di SINI.

Untuk membaca segala liputan kami tentang teknologi, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Scarz merupakan juara ROG Masters APAC 2022, raja R6 Siege Asia Pasifik!

Next Post

Komitmen Gamescom Asia Terhadap Pembangun Indie — Temu ramah Bersama Mathias Kuepper

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Komitmen Gamescom Asia Terhadap Pembangun Indie — Temu ramah Bersama Mathias Kuepper

Komitmen Gamescom Asia Terhadap Pembangun Indie -- Temu ramah Bersama Mathias Kuepper

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd