Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gotham Knights – mari kenali Bat-Family, daripada Batgirl ke Nightwing!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 19, 2022 - Updated on November 1, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Game, Genre, Open World, PC, Platform, PS4, PS5, RPG, Senarai, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Gotham Knights – mari kenali Bat-Family, daripada Batgirl ke Nightwing!
Share on FacebookShare on Twitter

Bat-Family adalah salah satu kumpulan yang terkenal di barisan superhero DC Comic dan mereka juga terlibat di dalam kumpulan Justice League dan Teen Titans. Semenjak diperkenalkan pada tahun 1939, Batman telah mengembangkan keluarganya dan kadang-kadang susah untuk kita hendak ingat. Senarai Bat-Family di sini akan lebih fokus kepada watak yang akan korang mainkan di game Gotham Knights.

Jadi mari saya memperkenalkan kepada anda siapa Bat-Family yang muncul di Gotham Knight:

Batgirl – Barbara Gordon

Batgirl, sebelum ini dikenali sebagai Oracle ialah salah seorang daripada empat watak utama yang boleh dimainkan. Dia ialah anak perempuan kepada Pesuruhjaya Gotham City Police Department (GCPD) Jim Gordon yang kini telah meninggal dunia. Batgirl adalah seorang guru teknologi, dia juga pernah membantu Batman semasa dikenali sebagai Oracle. Batgirl menggunakan kemahirannya untuk menggodam data komputer untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi kepada Batman.

Robin – Tim Drake

Robin merupakan watak yang termuda diantara empat watak yang boleh dimainkan, dia juga merupakan orang ketiga yang menyarung sut Robin. Tidak seperti Robin sebelum ini, Tim Drake telah membuktikan bahawa dia ialah wira yang lebih holistik. Dia merupakan seorang yang genius kerana ketika dia berumur 9 tahun, dia dapat mengetahui identiti rahsia Batman dengan kepintaran dan bakatnya.

Nightwing – Dick Grayson

Nightwing atau nama sebenarnya Dick Grayson merupakan Robin pertama. Dia dibesarkan dan dilatih oleh Batman sehingga dia mendapat kebolehan yang tinggi dalam bidang teknologi, detektif, kriminologi dan pertempuran. Dengan menggunakan tunjuk ajar dan pengalaman ketika bersama Batman, kini dia telah menjadi seorang hero terhebat di Bandar Gotham dan dikenali sebagai Nightwing.

Red Hood – Jason Todd

Watak terakhir yang boleh dimainkan dalam Gotham Knights tidak lain dan tidak bukan adalah Jason Todd atau lebih kenali sebagai Red Hood. Jason Todd mempunyai latar belakang yang menarik di DC Comic, daripada menjadi orang kedua yang menyarung sut Robin kepada dibelasah dengan sangat teruk oleh Joker. Kisah dia jelas tidak berakhir kerana dia telah menyarung sut Red Hood di Gotham Knights.

Red Hood memulakan hidupnya sebagai anti-hero utama dan sering berlawan dengan Bat-Family. Walaupun niat Red Hood adalah baik untuk menolong tetapi cara dia membuatkan Batman berasa tidak setuju. Ini kerana cara Red Hood adalah dengan membunuh musuhnya sedangkan Batman tidak bersetuju dengan cara tersebut.


Itu adalah sedikit sebanyak kisah tentang Bat-Family yang akan korang mainkan di game Gotham Knights. Harap perkongsian saya ini dapat membantu korang untuk faham tentang watak-watak tersebut.

Korang boleh dapatkan Gotham Knights pada 21 Oktober 2022 dan ia akan dilancarkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Jika korang inginkan banyak lagi berita tentang game ini, boleh tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bat-FamilydcGameGotham Knights
Previous Post

Apex Legends Mobile mulakan Season 3 — Tambah watak, event & Battle Pass baru!

Next Post

Silent Hill 2 Remake Rasmi Diumumkan! Bakal Tiba di konsol PS5 dan PC!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Silent Hill 2 Remake Rasmi Diumumkan! Bakal Tiba di konsol PS5 dan PC!

Silent Hill 2 Remake Rasmi Diumumkan! Bakal Tiba di konsol PS5 dan PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd