Penerbit Warner Bros Games dan developer WB Games Montreal telah mengeluarkan trailer baharu untuk Gotham Knights menunjukkan feature khas di PC.

Antara feature PC yang diserlahkan dalam trailer termasuk ciri visual berkualiti tinggi termasuk resolusi 4K, ultra-high frame rate dan ray-traced reflection. Jadi para gamers boleh layan game ini dengan visual yang lebih menarik.
Ciri yang paling luar biasa adalah peningkatan XeSS baharu Intel, menggunakan AI untuk menghasilkan resolusi yang lebih rendah dan meningkatkan skala gambar dengan kualiti yang baik. Ini membolehkan anda mencapai framerate yang lebih tinggi pada resolusi yang lebih tinggi.

Buat masa ni masih tiada pengesahan buat spec yang diperlukan untuk game ni. Tapi berdasarkan visual yang ditunjukkan mungkin anda perlukan PC yang lebih kental.
Ini trailer rasmi game Gotham Knights PC yang menunjukkan feature tersebut:
Untuk pengetahuan korang, Gotham Knights adalah game open world action-RPG baru yang menampilkan keluarga Batman di mana pemain boleh mengawal Batgirl, Nightwing, Red Hood dan Robin sebagai pelindung baru bandar Gotham selepas kematian Batman. Dunia penjenayah tiba-tiba semakin telah melanda Gotham, dan kini terserah kepada keluarga Batman baharu ini untuk melindungi bandar itu.

Ini adalah serba sedikit cerita tentang Gotham Knights:
Batman sudah mati. Dunia penjenayah yang luas dan baru telah melanggar jalan-jalan di Gotham City. Kini terpulang kepada Keluarga Batman – Batgirl, Nightwing, Red Hood, dan Robin – untuk melindungi Gotham, membawa harapan kepada warganya, disiplin kepada polisnya, dan ketakutan kepada penjenayahnya.
Daripada menyelesaikan misteri yang menghubungkan bab paling gelap dalam sejarah bandar itu kepada mengalahkan penjahat terkenal dalam pertembungan epik.

Sebelum ini, mereka telah menjadualkan Gotham Knights akan dilancarkan pada 25 Oktober 2022, namun dengan pelancaran trailer baharu, WB Games Montreal kini menukar tarikh pelancaran dengan membawanya ke hadapan iaitu pada 21 Oktober 2022. Ia akan dilancarkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.
Untuk segala liputan untuk Gotham Knights, boleh tekan di sini. Jangan lupa ikuti Gamer Santai untuk segala berita tentang anime, game, filem dan banyak lagi dari kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post