Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Google berkerjasama dengan Ubisoft dan id Software untuk gaming console baru!

Future of gaming katanya.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 15, 2019
in Artikel, Berita, Mobile, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Google berkerjasama dengan Ubisoft dan id Software untuk gaming console baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Di GDC 2019, Google akan mengadakan Keynote presentation untuk berkongsi visi mereka bagi masa depan gaming. Khabar angin mengatakan presentation ini mengenai console video game baru ciptaan mereka. Walaupun ada pelbagai spekulasi, Google telah mengesahkan satu atau dua tetamu jemputan untuk event ini.

Di Twitter, akaun rasmi untuk Google Developers telah tweet bahawa Ubisoft dan id Software akan terlibat dalam event yang akan datang ini. Amy Hennig, yang bekerja di Naughty Dog (developer siri Uncharted) tetapi kini bekerja di EA dan wakil daripada Crystal Dynamics, developer untuk Tomb Raider dan game Square Enix Avengers akan hadir.

BREAKING NEWS

We're excited to welcome @idSoftware, makers of DOOM, to our #GoogleGDC19 Developer Day session! If you haven't already registered, do it now and join us on March 19 at 12:30 PM PT in West Hall, Room 2011.

More details here → https://t.co/u6wYIixHWr pic.twitter.com/HjDh9ABfY9

— Google for Developers (@googledevs) March 13, 2019

This just in!

We're stoked to share that @Ubisoft will be part of our #GoogleGDC19 Developer Day sessions. Join us on March 19 at 2 PM PT in West Hall, Room 2011. pic.twitter.com/HKRfEgtONt

— Google for Developers (@googledevs) March 14, 2019

Selepas pengumuman ini, berita baru bahawa Jade Raymond, yang pernah bekerja di Ubisoft dan EA, telah menyertai Google dan kini berperanan sebagai vice-president. Google yang sedang bekerjasama dan menjalin hubungan dengan game studio yang besar dan orang lama industri membuat saya berharap atas projek Google yang akan datang.

Sama ada berita besar Google ialah sebuah ciptaan konsol atau sebuah extension kepada servis streaming Project Stream mereka, yang kami tahu Google melancarkan projek ini pada skala yang besar. Walaupun tidak jelas jika Google akan mencipta game yang baru bersama nama-nama besar ini atau hanya membawa nama-nama ini kepada platform mereka, yang saya tahu ialah mereka semua ada keyakinan dengan Google dan pelan rahsia-nya.

And now this …

Very special guests join our #GoogleGDC19 Developer Day session! Who? @amy_hennig, @CrystalDynamics and @raphkoster. Join us for an awesome panel on March 19 at 3 PM PT in West Hall, Room 2011.

Stay tuned for more updates as we get closer to the main event! pic.twitter.com/QnVhIrQ04Z

— Google for Developers (@googledevs) March 14, 2019

Mereka yang saya sebut di atas ini bukan sahaja syarikat yang bekerjasama dengan Google. Beberapa sumber mengatakan Google sedang berurusan dengan studio Sega yang mencipta Sonic the Hedgehog. Report yang lain juga membocorkan rancangan Google untuk membina sebuah game console dan perjumpaan mereka dengan syarikat game di event indusri.

Google mempunyai sumber dan bakat untuk membuat sesuatu yang ajaib di pentas gaming. Google telahpun menjadi satu ancaman kepada PlayStation dan Xbox kerana Project Stream (Sony dan Microsoft mempunyai platform streaming mereka sendiri) dan kini menjadi ancaman kepada hardware mereka pula. Jika konsol ciptaan Google ini se-inovatif seperti teaser dan betul-betul mewakili masa depan untuk gaming, memang generasi akan datang untuk konsol akan memukau otak kita semua!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: googleGoogle DevelopersId Softwareproject streamubisoft
Previous Post

HUAWEI Nova 4e telah dilancarkan di Malaysia dengan harga RM1199!

Next Post

Hacker Apex Legends Cina ini buat cheat program sendiri untuk membanteras cheaters lain!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Hacker Apex Legends Cina ini buat cheat program sendiri untuk membanteras cheaters lain!

Hacker Apex Legends Cina ini buat cheat program sendiri untuk membanteras cheaters lain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd