Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Google Akhiri YouTube Gaming!

Kerana Kurang Popular

Jade Ice by Jade Ice
June 2, 2019
in Artikel, Berita
0 0
0
Google Akhiri YouTube Gaming!
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu ini, YouTube Gaming melabuhkan tirainya. Google telah melancarkan platform standalone ini 4 tahun yang lalu sebagai tindakbalas kepada Amazon yang telah membeli Twitch dan secara rasminya pada 30 Mei, ianya telahpun ditutup.

Pelan untuk menutup portal gaming ini telahpun diumumkan September lepas, dengan laporan daripada The Verge mengatakan laman ini semakin nazak kerana tidak popular. Walaupun YouTube menyajikan lebih kurang 50 billion jam kandungan gaming dalam setahun, tetapi orang ramai tidak menontonnya menerusi laman gamingnya mahupun aplikasinya yang spesifik.

Live game streaming adalah satu ciri dimana Google gagal menguasainya di internet. Pada 2014, Google pernah cuba membeli Twitch tetapi ianya disambar Amazon terlebih dahulu. Dan tahun berikutnya, klon Twitch, YouTube Gaming dilancarkan. Setiap game individu memiliki page tersendiri yang akan memaparkan segala kandungan yang berkenaan yang ada di laman tersebut, dan pengguna boleh follow sesuatu game untuk mendapatkan kandungan terkini dan mengekali penyumbang video terbaru. Livestream juga telah dipromosikan, bersama dengan mod streaming low-latency yang memudahkan fungsi chat. Laman ini juga meniru strategi penjanaan pendapatan Twitch seperti Super chats dan langganan saluran berbayar.

Sebenarnya YouTube Gaming hanyalah antaramuka alternatif kepada kandungan gaming di YouTube. Ini bermakna walaupun YouTube Gaming ditutup, kandungan-kandungannya masih ada di YouTube. Terdapat satu laman sokongan dimana ia menerangkan apakah yang boleh di jangka oleh pengguna YouTube Gaming. Sekarang, Google akan melencongkan pengguna YouTube gaming kepada laman sub di YouTube dimana disini, fungsi-fungsi seperti top live game list dikekalkan. Sekiranya di web, ianya boleh didapati menerusi YouTube.com/gaming manakala di aplikasi pula, boleh dicari menerusi “trending” dan kemudian navigasi ke bahagian “gaming”.

Ketika dilancarkan, YouTube Gaming kelihatan seperti satu buah fikiran yang bagus. Hampir semua streamer game memiliki saluran YouTube mereka sendiri. Apa yang silap adalah; Twitch mendapat manfaat daripada kesan media sosial: semua pencipta kandungan akan ke Twitch kerana disitulah dimana penonton berada. Twitch juga memiliki budaya mereka tersendiri dimana penggunanya boleh menggunakan emotes, iaitu bahasa ringkas. Terdapat juga game directory; dimana ianya boleh dirujuk sebagai papan pendahulu populariti untuk industri game.

YouTube Gaming adalah satu daripada banyak percubaan Google untuk memanjangkan jenama YouTube ke media lain. YouTube Gaming dicipta untuk saingi Twitch, YouTube Music untuk Spotify, YouTube TV untuk Netflix.

YouTube Gaming adalah satu daripada senarai panjang penutupan perkhidmatan dari Google untuk 2019. Selain itu, Google+, Google Inbox, Google Allo, Chromecast Audio turut ditutup. Google Hangouts dan Google Play Music juga diwar-warkan bakal ditutup.

Kesemua penutupan ini menambahkan lagi ketidak yakinan pengguna kepada produk-produk Google; secara terperincinya seperti Google Stadia; sebuah servis cloud gaming. Ini satu trending yang tidak membantu platform cloud gaming baru ini.

Sumber: arstechnica

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: googleyoutubeyoutube gaming
Previous Post

Dreams Review – Pengalaman Menjadi Game Developer Dan Hasilkan Game Sendiri

Next Post

ASUS ROG Malaysia Umum Harga Dan Spesikasi ROG Gaming Laptop

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
ASUS ROG Malaysia Umum Harga Dan Spesikasi ROG Gaming Laptop

ASUS ROG Malaysia Umum Harga Dan Spesikasi ROG Gaming Laptop

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd