April yang lalu, majalah JUMP Square telah menerbitkan siri manga bertajuk “Gokurakugai”, dihasilkan oleh Yuto Sano melalui aplikasi manga mereka. Premis manga ini memang menarik cuma ianya tidak tersedia di Manga Plus pada waktu itu. Berita baiknya, manga Gokurakugai akhirnya tiba ke platform Manga Plus! Kami sangat-sangat syorkan anda untuk membacanya! Nak tahu kenapa? Jom kami perkenalkan secara ringkas mengenainya.

Plot & Pengenalan ringkas Gokurakugai
Gokurakugai memperkenalkan Alma dan Tao, di mana mereka menyediakan servis bantuan untuk mereka yang memerlukan. Tetapi servis tersebut bukanlah servis yang normal. Mereka sebenarnya pembunuh entiti jahat yang bernama “Maga”.
Senang cerita, dia seperti gabungan konsep Gintama dan supernatural seperti siri Jujutsu Kaisen serta Bleach. Aksi dalam manga itu juga memang nampak gempak. Ditambah pula dengan gaya lukisannya yang unik dan menarik, ia memberikan pengalaman yang hebat.

Tetapi anda mungkin akan terkejut apabila baca bab ketiga siri kerana sebahagian daripada bab tersebut penuh dengan lakaran kasar aksi. Jangan risau kerana hanya bab itu sahaja yang begitu. Dilaporkan bahawa versi fizikal manga hadir dengan bab yang sudah dikemaskan.
Kalau anda ingin tahu, manga Gokurakugai pada awalnya diterbitkan sebagai siri one-shot bertajuk “The Gokuraku District’s Third Avenue Incident” pada tahun 2020 sebelum disirikan secara rasmi pada 2022.

Buat masa ini, hanya 10 bab tersedia untuk dibaca melalui Manga Plus. Disebabkan manga ini dikeluarkan sebulan sekali, jadi kena bersabarlah. Tetapi bagi kami penantian itu memang berbaloi. Untuk mendapatkan berita menarik tentang manga daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post