Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gojo Bangkit Semula Dalam Manga Jujutsu Kaisen, Sambung Berlawan Dengan Sukuna!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 5, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Gojo Bangkit Semula Dalam Manga Jujutsu Kaisen, Sambung Berlawan Dengan Sukuna!

Kredit: @SheyPV

Share on FacebookShare on Twitter

Bab terbaru Jujutsu Kaisen memberikan kejutan yang besar kepada peminat apabila watak kegemaran ramai, Gojo Satoru telah bangkit semula daripada mati untuk bertarung dengan Sukuna. Bagaimanapun, kepulangan Gojo bukanlah seperti yang diharapkan oleh peminat.

Can it be…?! Sukuna locks eyes with a monstrous ghost!

Read Jujutsu Kaisen, Ch. 261 in Shonen Jump for free! https://t.co/1rjpRbVwFx pic.twitter.com/WF6rLVXm3Y

— Shonen Jump (@shonenjump) May 26, 2024

Walaupun kita boleh melihat badan Gojo, yang bertanggungjawab ke atas badan itu (atau mayat) tidak lain dan tidak bukan adalah Yuta Okkotsu. Ini adalah satu kejutan yang tidak dapat diramalkan oleh peminat siri ini, dan menunjukkan betapa gilanya rancangan Gege Akutami.

AMARAN! SPOILER UNTUK JUJUTSU KAISEN BAB 261!!

Kredit: Shueisha

Bersambung daripada bab sebelum, Sukuna cuba untuk membuka Domain Expansion, tetapi tiba-tiba terhenti apabila mengesan seseorang di asap berdekatan. Serta-merta, dia terkejut apabila melihat Satoru Gojo berjalan melalui asap, sedangkan Sukuna yakin dia sudah membunuh lelaki itu.

Tetapi selepas melihat jahitan di dahinya, Sukuna menyedari apa yang telah berlaku. Dia terus menumbuk Yuji Itadori ke tepi, lalu memuji Yuta Okkotsu kerana sanggup melakukan perkara yang terlarang demi mengalahkannya.

Kredit: Shueisha

Adegan berubah ke flashback.

Kredit: Shueisha

Secara ringkas, Yuta, menggunakan Cursed Technique miliknya, yang kita tahu sebagai Copy (boleh meniru teknik orang lain dan menggunakannya), untuk mendapat akses kepada Cursed Technique milik Kenjaku. Dengan itu, dia dapat bertukar badan dan mengawal mayat Gojo.

Walaupun Yuta di ambang mati selepas terkena serangan Sukuna, dia masih dapat bertahan lebih lama daripada manusia biasa kerana bantuan Curse Spirit Rika – lalu di bawa ke Shoko Ieiri. Sebelum mati dalam tubuhnya sendiri, Yuta mengaktifkan Cursed Technique Kenjaku dan dipindahkan ke mayat Gojo.

Kredit: Shueisha

Selepas itu, dia menggunakan Reverse Cursed Technique pada output maksimum untuk menyembuhkan badan Gojo sepenuhnya, sehingga mendapatkan akses penuh kepadanya.

Tetapi Yuta hanya mampu bertahan dalam badan Gojo selama 5 minit. Selepas 5 minit tamat, apa-apa boleh berlaku kepada Yuta. Memandangkan badannya sendiri pun sudah mati, kemungkinan besar selepas 5 minit, Yuta akan mati begitu saja.

Kredit: Shueisha

Satu lagi kemungkinan lain ialah Yuta akan mati secara perlahan-lahan dalam badan Gojo, atau kemungkinan ketiga ialah dia dapat hidup dalam badan Gojo selama-lamanya dan hidup sebagai Jujutsu Sorcerer moden paling kuat.

Kembali ke masa kini, Yuta (dalam badan Gojo) dan Sukuna mengaktifkan Doman Expansion masing-masing serentak, di mana Yuta melancarkan Unlimited Void untuk melawan Malevolent Shrine.

Kredit: Shueisha

Apa yang akan terjadi dalam bab seterusnya Jujutsu Kaisen – Rematch antara Gojo dan Sukuna bermula!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GojoJujutsu Kaisen
ShareTweetSend
Previous Post

Terokai Strategi Baharu Dalam Set MTG: Modern Horizons III

Next Post

TableCon Quest 2024 Bawa Demo Penuh Ultraman Card Game & Pamer Game Tempatan & Antarabangsa

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Reviu ASUS ROG Strix SCAR 16 (2025) G635 – Kuasa & Prestasi Dalam Satu Pakej Premium!
Review

Reviu ASUS ROG Strix SCAR 16 (2025) G635 – Kuasa & Prestasi Dalam Satu Pakej Premium!

May 21, 2025
Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted
Berita

Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted

May 21, 2025
Next Post
TableCon Quest 2024 Bawa Demo Penuh Ultraman Card Game & Pamer Game Tempatan & Antarabangsa

TableCon Quest 2024 Bawa Demo Penuh Ultraman Card Game & Pamer Game Tempatan & Antarabangsa

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd