Berita baik buat semua gamer mobile! Goddess of Victory: NIKKE telah membuka proses pra-pendaftaran mobile untuk iOS dan Android, menurut pengumuman di laman media sosial.
Korang boleh pradaftar untuk game tersebut hari ini bagi membantu semua orang memperoleh gem berjumlah sehingga 10 cabutan gacha, watak SR Ether, dan juga peluang dapatkan watak SSR Diesel apabila game dilancarkan! Link untuk pra-pendaftaran disediakan di bawah artikel.
Dalam Goddes of Victory: NIKKE, manusia diserang oleh penceroboh asing yang dikenali sebagai Rapture. Tidak dapat bersiap sedia untuk menahan serangan, umat manusia hampir pupus dalam sekelip mata.
Sejurus selepas itu, saki baki manusia terpaksa mengundurkan diri di bawah tanah lalu mencipta NIKKE, android canggih yang memegang kuasa hebat. Android ini lah yang memikul tanggungjawab untuk melindungi manusia dan menghapuskan ancaman asing.
Seperti yang korang dapat baca daripada tajuk, NIKKE ialah game third-person shooter mobile yang mengharuskan pemain mengawal salah satu android NIKKE, untuk memerangi Rapture. Tugasnya mudah; pemain perlu menembak ke arah musuh sambil menguruskan jumlah peluru, serangan pihak, dan menggunakan senjata yang sesuai mengikut tugasan/misi.
Setiap watak mempunyai jenis senjata yang unik termasuk shotgun, rifle, sniper, rocket launcher dan banyak lagi. Penggunaan strategik ke atas jenis-jenis senjata ini membolehkan korang membunuh musuh dengan lebih cepat. Dalam keadaan kecemasan, pemain boleh melaksanakan Burst Skill — abiliti terkuat bagi setiap NIKKE.
Apa yang membuatkan game ini unik adalah NIKKE terdiri daripada watak perempuan dengan reka bentuk ala-ala anime. Watak dan animasi dicipta dengan Live 2D yang terperinci, di mana kita boleh menyaksikan kesan penuh seperti recoil pada senapang semasa menembak, dan ekspresi terperinci mereka semasa dalam pertempuran.
Sekali lagi saya ingatkan, Goddess of Victory: NIKKE kini tersedia untuk pradaftar di Android dan iOS.

@gamersantaimy
Discussion about this post