Tahniah kepada Sony Interactive Entertainment kerana berjaya menjual 3.1 juta copy siri game God of War yang baru, dalam masa 3 hari sahaja! Ini merupakan satu pencapaian yang hebat buat Sony dan ianya merupakan game yang terjual dengan pantas dalam sejarah!
Dicipta oleh Santa Monica Studios dari SIE Worldwide Studios (SIE WWS), God of War merupakan franchise yang sudah bertapak 8 tahun dalam industry permainan video secara global. Ia juga membuatkan God of War merupakan game yang paling digemari dalam untuk PlayStation 4. Satu sejarah lagi telah dilakar oleh Santa Monica Studios.
Lagi sekali, tahniah buat Sony dan juga Santa Monica Studios, terima kasih juga kerana melakukan game yang sangat memberi impak kepada kami semua. Terima Kasih!!!
@gamersantaimy
Discussion about this post