Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

God of War menerima update ‘Enhanced Performance’ di PS5, sepatutnya keluar hari ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 2, 2021
in Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
God of War menerima update ‘Enhanced Performance’ di PS5, sepatutnya keluar hari ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Santa Monica telah mengumumkan update baru untuk God of War di PlayStation 5 yang sepatutnya dilancarkan hari ini, pada 2 Februari. Walaupun versi PS4 juga menerima peningkatan pada perkakasan PS5, nampaknya pemaju masih mencari cara untuk menghebatkan lagi pengalaman keseluruhan pemain.

Sebelum ini, pemain terpaksa memilih antara mode “performance” atau “resolution“, tetapi menurut Sony, update baru akan menggantikan pilihan semasa dengan tetapan yang menggabungkan kedua-dua mod menjadi satu. Update ini percuma untuk semua pemain.

Maklumat lengkap boleh dibaca pada tweet di bawah oleh Santa Monica Studio:

The God of War (2018) Enhanced Performance Experience for the PS5 is coming tomorrow!

✔️ Syncs to 60 FPS
✔️ 4K Checkerboard Resolution
✔️ 2160p
✔️ Free Update for PS5 Users

Check out our blog for more info 👉https://t.co/CXTyfHFyvN pic.twitter.com/psSLo63ReF

— Santa Monica Studio – God of War Ragnarök (@SonySantaMonica) February 1, 2021

Pilihan 4K Checkerboard Resolution dan 2160p hanya akan tersedia untuk mereka yang bermain di TV 4K dan pemain masih boleh menggunakan mod Favor Resolution PS4 sekiranya mereka mahu, yang mempunyai 4K Checkerboard Resolution yang diselaraskan dengan 30 FPS. Update ini tersedia di versi fizikal disc PS4, dan juga versi digital yang ditawarkan melalui PlayStation Plus Collection.

Kemas kini seperti ini sedang membentuk konsol generasi baru sementara kami menunggu lebih banyak permainan baru dilancarkan di PS5, dan saya agak tertarik untuk melihat bagaimana Sony dan syarikat lain meningkatkan permainan lama demi memanfaatkan kecanggihan teknologi. Pada masa yang sama, sebuah sekuel baru dalam francais God of War kini dalam pembikinan, tetapi tiada maklumat lanjut dikongsikan sejak pengumuman pertama. Itu sahaja untuk artikel; untuk segala liputan kami tentang God of War, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: God Of Warplaystation 5Santa MonicaUpdate
Previous Post

‘Judgment’ spin off Yakuza akan datang ke PS5, Xbox Series X / S dan Stadia pada 23 April

Next Post

Google menutup studio permainan khusus Stadia setelah kurang dari 2 tahun

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Google menutup studio permainan khusus Stadia setelah kurang dari 2 tahun

Google menutup studio permainan khusus Stadia setelah kurang dari 2 tahun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd