God of War, game PlayStation yang telah dilancarkan pada tahun 2018 , akhirnya akan hedir ke PC pada awal tahun depan. Sempena dengan itu, sebuah trailer baru telah dilepaskan menunjukkan penambahbaikan yang pemain akan dapat daripada pelepasan baru itu. Selain dari itu, Sony juga telah mengumumkan spesifikasi untuk game tersebut berserta sokongan untuk Nvidia DLSS dan NVIDIA Reflex.
Game ini telah direka untuk memberikan permainan yang lancar 60 FPS pada resolusi 4K menurut trailer di atas. Ia juga akan menampilkan bayang-banyang resolusi lebih tinggi dan pantulan ruang skrin yang lebih terperinci. Tetapi peningkatan terbesar pada versi PC ini ialah teknologi DLSS yang dikuasai oleh AI NVIDIA. Ia meningkatkan visual fidelity sambil mengurangkan kesan pada prestasi permainan dan membantu versi PC God of War menjadi lebih lancar dan lebih baik.
Berikut adalah spesifikasi rasmi yang telah dilepaskan oleh Sony:

Boleh tahan juga pilihan GPU yang anda perlukan untuk bermain dengan grafik Ultra. Lebih-lebih lagi dengan harga GPU yang semakin meningkat kerana kekurangan stok. God of War akan tersedia di PC secara rasmi pada 15 Januari 2022 di Steam dan Epic Games Store. Anda boleh wishlist permainan tersebut melalui platform kegemaran anda. Jika anda membeli versi PC, akan ada beberapa item tambahan yang akan anda dapat. Item tersebut ialah:
- Death’s Vow Armor Set untuk Kratos dan Atreus
- Exile’s Guardian Shield Skin
- Buckler of the Forge Shield Skin
- Shining Elven Soul Shield Skin
- Dökkenshieldr Shield Skin

Tentang God of War
Mengisahkan tentang Kratos yang, masih ganas seperti dahulu tetapi kini lebih tenang dan bijak, yang mengembara bersama-sama anaknya Atreus untuk menyelesaikan pengebumian isteri/ibu mereka. Dengan plot cerita dan mekanisma yang hebat, semestinya harus dimiliki kepada mereka yang masih belum memainkannya.

Jadi PC gamer sekalian, PC anda sudah bersedia untuk bermain God of War? Harap-harap ia tidak mempunyai sebarang masalah selepas ia dilancarkan. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai God of War, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post