Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Goblin Slayer Dedahkan Teaser Anime S2 Dan Game Baru Untuk Switch Dan PC!

Maira by Maira
January 6, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PC, Steam
0 0
0
Goblin Slayer Dedahkan Teaser Anime S2 Dan Game Baru Untuk Switch Dan PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Lama tidak mendengar berita mengenai siri Goblin Slayer, akhirnya ada juga beberapa pengumuman baru yang telah diumumkan. Antaranya ialah teaser untuk musim kedua anime dan juga game terbaru Goblin Slayer. Jom kami ceritakannya satu per satu kepada anda.

Berkenaan siri anime, diumumkan bahawa Goblin Slayer II dijadualkan untuk tayangan pada tahun ini tetapi tiada tarikh tetap diberikan. Berbeza dengan musim pertama, animasi untuk musim terbaru ini akan dihasilkan oleh LIDENFILMS. Anda boleh menonton teaser anime tersebut di bawah.

Selain itu, siri Goblin Slayer juga telah mendapat game tersendiri yang akan dikeluarkan pada Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Bertajuk “Goblin slayer -Another Adventurer- Nightmare Feast” ia akan menyajikan penceritaan original dan akan tersedia dalam bahasa Inggeris dan Jepun. Senang cerita, bolehlah kita bermainnya apabila ia lancar nanti. Tetapi tiada tarikh pelancaran yang diumumkan untuk game ini.

Kepada anda yang tidak mengenali siri ini, ia merupakan siri novel ringan yang ditulis oleh Kumo Kagyu dan ilustrasinya dilukis oleh Noboru Kannatsuki. Siri tersebut diterbitkan dibawah label GA Bunko. Daripada novel ringan, Goblin Slayer telah mendapat adaptasi manga dan anime yang telah ditayangkan pada 2018. Berikut adalah sinopsis untuknya:

Seorang Priestess muda telah menubuhkan parti pertamanya. Tetapi baru sahaja mulakan pengembaraan, parti tersebut telah diserang hendap dan kini tinggal dia seorang yang telah terperangkap oleh sekumpulan goblin. Yang datang menyelamatkannya ialah Goblin Slayer — lelaki yang menghabiskan masanya untuk menghapuskan kesemua goblin.

Sebagai pemegang pangkat Perak yang berprestij, Goblin Slayer membenarkan dia menemaninya semasa dia membantu Adventurer’s Guild dalam semua perkara berkaitan goblin. Bersama Priestess, High Elf, Dwarf, and Lizard-man, pahlawan berperisai itu tidak akan berehat sehingga setiap goblin di kawasan itu dihapuskan selamanya.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Goblin SlayerGoblin slayer -Another Adventurer- Nightmare FeastGoblin Slayer II
Previous Post

Razer umum dua aksesori VR, direka untuk Meta Quest 2 bagi pengalaman ‘realiti maya’

Next Post

Jeremy Renner kongsi keadaan semasa, semoga cepat sembuh Hawkeye!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Jeremy Renner kongsi keadaan semasa, semoga cepat sembuh Hawkeye!

Jeremy Renner kongsi keadaan semasa, semoga cepat sembuh Hawkeye!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd