Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Giveaway PS5 (Digital)– Hanya tangkap gambar ala Spider-Man di pameran “Live from PS5” Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 1, 2023 - Updated on March 3, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Giveaway, PS5, Tempatan
0 0
0
Giveaway PS5 (Digital)– Hanya tangkap gambar ala Spider-Man di pameran “Live from PS5” Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (“SIES”) secara rasmi melancarkan “Marvel’s Spider-Man 2 installation” hari ini di Lot 10 sebagai sebahagian daripada kempen global “Live from PS5“. Sempena itu, kami mengadakan giveaway eksklusif di mana kami memberikan dua (2) PlayStation 5 (PS5) versi digital untuk pemenang bertuah!

Giveaway ini dibuat bersama dua rakan lain (GamerBraves & Wanuxi), jadi siapa yang paling kreatif akan membawa pulang satu unit! Memandangkan stok PS5 semakin mudah untuk dapat, inilah masanya untuk anda dapatkan satu unit secara percuma!

Info acara

Dengan kemasukan percuma bermula hari ini hingga 14 Mac 2023 (10 pagi hingga 10 malam), “Marvel’s Spider-Man 2 installation” boleh ditemui di Lot 10, berhadapan bangunan H&M di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Untuk memeriahkan acara, 100 pelawat pertama pada hujung minggu (4 & 5 Mac dan 11 & 12 Mac) yang mengambil gambar di “installation” dan memuat naik gambar di akaun media sosial bersama tag @PlayStationAsia dan #LivefromPS5MY akan berpeluang untuk mendapatkan barangan eksklusif PlayStation daripada pihak promosi.

Bukan itu sahaja, sesiapa sahaja yang memuat naik gambar di media sosial mereka dengan tag di atas juga dapat bertanding untuk memenangi kemeja-T UNIQLO PlayStation UT.

Tidak ada PS5 lagi tetapi ingin cuba? Pergi sahaja ke hands-on booth yang tersedia di Lot 10 dan UNIQLO Fahrenheit sepanjang dua hujung minggu untuk mencuba! Bagi sesiapa yang tidak sempat pergi ke lokasi acara di Lot 10, jangan risau kerana anda juga boleh melawat Sony Store di Lalaport di mana set PlayStation VR2 disediakan untuk pengunjung mengalami gameplay realiti maya tahap baharu.

  • Tarikh: 1 – 14 Mac 2023
  • Masa: 10am – 10pm
  • Lokasi: Lot 10, 50, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Cara-cara sertai giveaway PS5 kami

Supaya semua faham, Gamer Santai akan memberikan dua (2) PlayStation 5 versi digital. Giveaway ini pula diadakan bersama rakan GamerBraves dan Wanuxi, jadi dua pemenang akan dipilih daripada ketiga-tiga website ini.

Untuk menjadi peserta, sila ikut segala langkah yang tersedia di bawah bagi merebut peluang anda untuk dapatkan hadiah eksklusif ini!

Langkah 1: Tangkap gambar/selfie bersama ‘posing Spider-Man paling kreatif’ di ‘Spider-Man 2 Installation’ di Lot 10

Contoh gambar

Langkah 2: Muat naik gambar tersebut pada akaun Facebook anda (pastikan profile adalah ‘public’), & tag PlayStation Asia dan Gamer Santai dengan hashtag: #LiveFromPS5MY # GamerSantaiPS5

Contoh posting

Langkah 3: Di ruang komen bagi artikel ini, letakkan screenshot ‘posting sosial media’ anda untuk melayakkan diri

Syarat kemasukan dan terma syarat

  • Giveaway PlayStation 5 ini hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.
  • Pemenang giveaway mempunyai tempoh 24 jam untuk membalas mesej kami. Kami berhak memilih pemenang baru tanpa pengumuman.
  • Hadiah giveaway ialah dua (2) PlayStation 5 versi digital di ketiga-tiga tapak web. Jika peserta sertai ketiga-tiga website, itu hanya dianggap hanya satu penyertaan.
  • Jika profil Facebook anda ditetapkan kepada ‘private, kami mempunyai hak untuk membatalkan penyertaan.
  • Memuat naik gambar yang sama di profil berlainan tetap dianggap sebagai 1 penyertaan.
  • Kami berhak untuk menukar terma syarat.

Sekali lagi saya ulang, giveaway ini bermula hari ini dan tamat pada 16 Mac 23:59. Pemenang akan diumumkan pada hari berikutnya pada 17 Mac melalui Facebook. Pemenang acara giveaway perlu datang ke pejabat Gamer Santai yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya untuk membawa PlayStation 5!

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi PS5 dalam giveaway ini! Manalah tau anda pemenang bertuah kali ini. Jika anda suka kandungan Gamer Santai, jangan lupa singgah untuk baca ulasan & layari media sosial kami!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Interview Final Fantasy XVI bersama Naoki Yoshida – gameplay, naratif, semua ciri-ciri didedahkan!

Next Post

Konosuba: An Explosion on This Wonderful World Akan Tayang April Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Konosuba: An Explosion on This Wonderful World Akan Tayang April Ini!

Konosuba: An Explosion on This Wonderful World Akan Tayang April Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd