Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ghostwire: Tokyo terpaksa ditunda ke tahun 2022 bagi menjaga kesihatan pekerja Tango Gameworks

Amir Haziq by Amir Haziq
July 14, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PC, Platform, PS5, Real time strategy, Seram, Survival
0 0
0
Ghostwire: Tokyo terpaksa ditunda ke tahun 2022 bagi menjaga kesihatan pekerja Tango Gameworks
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, pembangun game dari Jepun, iaitu Tango Gameworks telah mengumumkan mereka terpaksa menunda Ghostwire: Tokyo ke awal tahun 2022. Sebelum ini, mereka pernah memberitahu bahawa game tersebut akan tiba pada tahun 2021, tetapi tarikh tepat pelancarannya tidak diumumkan. Ghostwire: Tokyo mengisahkan tentang seorang wira memerangi roh-roh jahat yang mengganggu keamanan bandar Tokyo, setelah hampir semua penduduknya hilang kerana beberapa peristiwa misteri.

An update on Ghostwire: Tokyo from @TangoGameworks: pic.twitter.com/hK3TF23A8o

— Ghostwire: Tokyo (@playGhostwire) July 13, 2021

Tango Gameworks telah memuat naik sebuah tweet di akaun Twitter rasmi Ghostwire: Tokyo dengan sebuah gambar yang menyatakan mereka ingin melancarkan game ini secepat mungkin kepada pemain. Namun, mereka terpaksa menangguhkan pelancarannya bagi melindungi kesihatan pasukan di studio. Mereka juga memberi jaminan akan menjadikan Ghostwire: Tokyo seperti yang dibayangkan semua dan bakal menunjukkan lebih banyak lagi maklumat terbaru di bulan akan datang

Ghostwire: Tokyo akan diterbitkan oleh Microsoft berikutan selepas mereka membeli Bethesda yang mengejutkan industri permainan video. Game ini turut dijadualkan menjadi salah satu pameran eksklusif yang bakal tiba ke PlayStation 5 bersama permainan Bethesda lain, iaitu Deathloop.

Jalan cerita Ghostwire membawa pemain ke bandar Tokyo dimana hampir separuh penduduknya telah hilang secara misteri, dan diserang oleh hantu. Eksekutif produser dan pengasas Tango Gameworks, iaitu Shinji Mikami terkenal dengan menghasilkan game seram seperti The Evil Within dan Resident Evil, tetapi beliau kurang memberi fokus pada konsep survival horror dalam Ghostwire: Tokyo. Malah, sebelum pengumuman ini Ikumi Nakamura, iaitu pengarah kreatif asal game telah meninggalkan studio atas masalah kesihatan.

Buat masa ini, Ghostwire: Tokyo terpaksa ditunda ke tahun 2022 disebabkan mereka ingin menjaga kesihatan para pekerja. Game ini bakal tersedia di platform PS5 sebagai permainan eksklusif dan PC melalui Steam pada awal tahun 2022 nanti. Untuk membaca segala liputan kami mengenai game ini, anda boleh tekan pada pautan yang tersedia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ghostwire : TokyoPCplaystation 5Tango Gameworks
Previous Post

Game Nintendo Switch yang paling dimuat turun di Jepun pada separuh pertama 2021

Next Post

Makin hit di Netflix, saksikan debut Featurette di sebalik tabir RESIDENT EVIL: Infinite Darkness

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Makin hit di Netflix, saksikan debut Featurette di sebalik tabir RESIDENT EVIL: Infinite Darkness

Makin hit di Netflix, saksikan debut Featurette di sebalik tabir RESIDENT EVIL: Infinite Darkness

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd