Game indie terbaru, Ghostlore yang menampilkan hantu-hantu di Asia Tenggara kini dilepaskan secara rasmi di Steam. Ia merupakan sebuah game ARPG, di mana anda akan bertarung dengan makhluk halus ini. Diinspirasikan oleh ARPG klasik seperti Diablo 2 dan Titan Quest, Ghostlore menampilkan item terperinci dan sistem penyesuaian watak, peta yang dijana secara prosedur dan grafik isometrik 2D yang cantik.
Sempena pelancarannya, Ghostlore menawarkan diskaun sebanyak 20% , dan boleh dibeli dengan harga RM 31.20. Anda boleh mendapatkannya dengan harga tersebut sehingga 22 April ini. Selepas itu, ia akan kembali kepada harga asal iaitu RM 39.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Ghostlore:
Makhluk halus yang terkenal serata Asia Tenggara
Penanggal yang dahagakan darah adalah makhluk mengerikan yang berasal dari cerita rakyat Melayu. Ia hadir dengan kepala tanpa badan dan isi perut yang berjuntai. Mitos Babi Ngepet Indonesia menceritakan ahli sihir yang mengorbankan kemanusiaan mereka untuk menjadi syaitan babi. Kisah Hungry Ghost adalah kepercayaan karut yang dibawa oleh pendatang Cina, di mana mayat hidup yang disumpah untuk kekal lapar selama-lamanya kerana ketamakan mereka dalam kehidupan fana.
Kisah-kisah daripada cerita dongeng Asia Tenggara, yang penuh dengan pelbagai jenis makhluk ngeri. Adakah anda berani untuk melawan mereka? Temui lebih daripada 40 musuh yang berbeza dengan kebolehan dan taktik tersendiri yang berdasarkan cerita dongeng masing-masing.

Kawasan dan tempat terkenal
Terokai dunia yang diinspirasikan daripada negara asal pembangun Singapura, dua negara jiran terdekatnya, Malaysia dan Indonesia, serta seluruh Asia Tenggara.
Pemain yang tidak biasa dengan rantau ini akan mendapat pengalaman budaya yang jarang dilihat dalam bentuk media lain. Pemain yang tinggal di Asia Tenggara akan menemui banyak perkara yang mereka kenali – seperti makanan! Kumpul dan sediakan pelbagai makanan untuk meningkatkan statistik anda. Jangan bergaduh dengan perut kosong!

Barisan senjata tradisional
Terdapat beberapa senjata yang sering digunakan dalam seni mempertahankan diri turut ada dalam Ghostlore. Antaranya keris, parang, kuri dan banyak lagi.

Anda boleh pergi ke halaman Steam Ghostlore untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenainya. Unikkan konsep game ini. Jarang kita lihat game yang gunakan konsep hantu di Asia Tenggara. Apapun, kalau anda inginkan liputan lain mengenai game, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post