Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ghost of Yōtei Akan Dilancarkan 2 Oktober – Naratif, Gameplay, Edisi Untuk Pre-Order

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2025 - Updated on April 24, 2025
in Artikel, Berita, Open World, PS5, Single Player
0 0
0
Ghost of Yōtei Akan Dilancarkan 2 Oktober – Naratif, Gameplay, Edisi Untuk Pre-Order
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah diumumkan secara rasmi—Ghost of Yōtei, sekuel yang lama dinanti-nantikan kepada Ghost of Tsushima, bakal dilancarkan secara eksklusif di PS5 pada 2 Oktober ini.

Dibangunkan oleh Sony Interactive Entertainment dan Sucker Punch Productions, game ini boleh mula dipra-tempah bermula 2 Mei, dengan pelbagai edisi menarik ditawarkan: Edisi Standard, Digital Deluxe, dan Collector’s Edition yang penuh dengan kandungan eksklusif.

Berlatar enam belas tahun lalu di Ezo (kini dikenali sebagai Hokkaido), Ghost of Yōtei mengisahkan protagonis baharu bernama Atsu, seorang wanita muda yang terselamat daripada tragedi ngeri, tetapi ingin menuntut keadilan atas kehilangan keluarganya.

Dahulu hampir maut setelah digantung pada pokok ginkgo yang terbakar oleh kumpulan penjahat Yōtei Six, Atsu kini bangkit semula, membawa katana yang sama—bukan sekadar senjata, tetapi simbol dendam dan kekuatannya.

Kredit: Sucker Punch Productions

Misinya jelas: memburu setiap anggota Yōtei Six—The Snake, The Oni, The Kitsune, The Spider, The Dragon, dan Lord Saito. Namun, perjalanan yang bermula dengan amarah ini berubah menjadi kisah yang lebih mendalam apabila Atsu berdepan pelbagai pertemuan mengejutkan dan menjalin hubungan yang membuka jalan kepada makna baharu dalam hidupnya, sambil merentas alam semula jadi Ezo yang indah tetapi tidak kurang berbahaya.

Kredit: Sucker Punch Productions

Game ini meneruskan tradisi Ghost of Tsushima dengan elemen open-world yang lebih luas dan bebas. Pemain diberi kuasa untuk menentukan susunan buruan mereka, menjejaki sasaran berprofil tinggi, memperoleh ganjaran, atau berlatih dengan pelbagai sensei untuk membuka teknik baharu.

Dunia Ezo bukan sekadar cantik untuk dilihat, tetapi penuh dengan kejutan dan ancaman—diimbangi dengan aktiviti santai seperti yang pernah dikenali peminat, termasuk ciri baru seperti mendirikan unggun api di mana-mana lokasi untuk berehat dan mengatur strategi.

Kredit: Sucker Punch Productions

Maklumat Pra-Tempah dan Edisi Ditawarkan

Pra-tempahan untuk Ghost of Yōtei di PS5 akan dibuka mulai 2 Mei, dan menariknya, semua edisi yang ditempah awal akan hadir dengan topeng eksklusif dalam game serta tujuh avatar PlayStation Network yang memaparkan seni konsep Atsu dan kesemua ahli Yōtei Six.

Bagi yang membuat pra-tempahan melalui PlayStation Store, avatar tersebut akan dapat diakses serta-merta. Harga untuk edisi Standard ialah RM299.

Kredit: Sucker Punch Productions

Edisi Digital Deluxe (RM399)

Kredit: Sucker Punch Productions

Bagi pemain yang inginkan lebih nilai dalam bentuk digital, Edisi Digital Deluxe menawarkan game penuh bersama pelbagai bonus dalam game: set armor The Snake, pewarna alternatif untuk starting armor, warna eksklusif untuk kuda dan pelana, Charm khas, set Sword Kit berwarna emas, serta akses awal kepada Traveler’s Maps untuk membantu mencari patung yang meningkatkan skil.

Collector’s Edition

Kredit: Sucker Punch Productions

Untuk pengumpul dan peminat tegar, Collector’s Edition menyertakan semua kandungan Digital Deluxe dan bonus pra-tempahan, berserta salinan digital permainan. Pakej ini juga hadir dengan pelbagai barangan fizikal yang memikat:

  • Replika berskala penuh topeng Ghost milik Atsu (6.8 x 5 x 5.9 inci), diperbuat daripada resin dan lengkap dengan tapak paparan. Ia direka agar serasi dipamerkan bersama topeng dari Ghost of Tsushima Collector’s Edition.
  • Replika sash Atsu sepanjang 71 inci dengan nama semua anggota Yōtei Six, sesuai untuk cosplay atau sebagai hiasan unik.
  • Replika Tsuba dari katana Atsu, dihiasi dua serigala kembar, berukuran 3 x 3 inci dan turut disertakan dengan tapak paparan.
  • Kantung syiling eksklusif berserta arahan Zeni Hajiki, permainan yang turut ditampilkan dalam Ghost of Yōtei.
  • Origami pokok ginkgo dengan ukiran serigala di pangkalnya, sebagai simbolik kepada kisah Atsu.
  • Empat keping kad seni bersaiz 5 x 7 inci, menampilkan sash, serigala, topeng Atsu, dan ilustrasi utama game ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ghost of Yōtei
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Acer Nitro V14 – Serius untuk Gaming, Cukup Selesa untuk Aktiviti Harian

Next Post

Promosi SEGA Golden Week Bermula Di PlayStation Store Dengan Diskaun Hebat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Promosi SEGA Golden Week Bermula Di PlayStation Store Dengan Diskaun Hebat!

Promosi SEGA Golden Week Bermula Di PlayStation Store Dengan Diskaun Hebat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd