Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ghost of Tsushima & Helldivers 2 Masih “Delisted” Di Steam Untuk Negara Tanpa PSN

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2024
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Ghost of Tsushima & Helldivers 2 Masih “Delisted” Di Steam Untuk Negara Tanpa PSN
Share on FacebookShare on Twitter

Ghost of Tsushima: Director’s Cut versi PC dan Helldivers 2 masih “delisted” (dinyahsenarai) di lebih 170 negara yang tidak mempunyai akses kepada PlayStation Network (PSN) di Steam.

Selepas kejadian Helldivers 2 berkaitan PSN pada minggu lalu, pangkalan data SteamDB kini mendedahkan bahawa kedua-dua, Helldivers 2 dan Ghost of Tsushima: Director’s Cut masih tidak boleh dibeli di negara yang tiada sokongan rasmi PSN.

Kredit: SteamDB

Hal ini masih berlaku walaupun pembangun Sucker Punch membuat pengumuman yang menyatakan bahawa pemain tidak perlu “link” akaun Steam mereka ke PSN untuk mode single-player di dalam game Ghost of Tsushima. Walau bagaimanapun, pemain tetap perlu berbuat demikian jika mereka berhasrat untuk memainkan mode co-op multiplayer “Legends”.

Thank you for your feedback.

Just so you are aware, A PSN account is required for Legends online multiplayer mode and to use PlayStation overlay. It is not required to play the singleplayer game.

— Sucker Punch Productions (@SuckerPunchProd) May 3, 2024

Walaupun pengumuman ini mencadangkan bahawa sambungan Steam dan PSN hanyalah pilihan optional melainkan jika anda mahu memainkan mode multiplayer, negara yang tiada sokongan PSN masih dihadkan daripada membeli game itu.

Kembali ke topik Helldivers 2, Sony Interactive Entertainment cuba melaksanakan keperluan sambungan akuan PSN mandatori untuk game tersebut, yang mencetuskan respon negatif di kalangan pemain yang negara mereka tidak menyokong PSN. Hal ini menghalang mereka daripada membeli game tersebut.

Oleh itu, hal ini turut menyebabkan Helldivers 2 dinyahsenarai di 177 negara dan wilayah.

Sony Interactive Entertainment akhirnya memutuskan untuk tidak meneruskan dengan keperluan itu, tetapi sehingga sekarang, Helldivers 2 masih dinyahsenarai di 177 negara di Steam.

Helldivers fans — we’ve heard your feedback on the Helldivers 2 account linking update. The May 6 update, which would have required Steam and PlayStation Network account linking for new players and for current players beginning May 30, will not be moving forward.

We’re still…

— PlayStation (@PlayStation) May 6, 2024

Selain itu, pemain di negara ini yang membuat prapesan untuk kedua-dua game telah melaporkan bahawa Steam mengeluarkan bayaran balik secara automatik tanpa permintaan pemain.

Steam is now refunding Ghost of Tsushima for people in affected countries. pic.twitter.com/weXcLkBhk0

— SteamDB (@SteamDB) May 10, 2024

Buat masa ini, Helldivers 2 boleh dimainkan di Steam tetapi Ghost of Tsushima: Director’s Cut akan dilancarkan pada PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 16 Mei 2024.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ghost of tsushimaHelldivers 2PSNsteam
ShareTweetSend
Previous Post

Metaphor: ReFantazio – Info Lanjut Lokasi & Gauntlet Runner!

Next Post

Demon Slayer: Sweep the Board Akan Datang Ke PlayStation, Xbox & PC pada Julai 2024

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Demon Slayer: Sweep the Board Akan Datang Ke PlayStation, Xbox & PC pada Julai 2024

Demon Slayer: Sweep the Board Akan Datang Ke PlayStation, Xbox & PC pada Julai 2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd