Bahasa merupakan cara untuk kita sebagai manusia bertutur dan menulis dengan memahami setiap maksud perkataan yang disampaikan. Dengan adanya bahasa, kita juga dapat memahami satu sama lain dengan lebih mudah dan cepat. Sama juga seperti bermain game, terdapat banyak gaming slang yang digunakan semasa bermain game untuk memudahkan penyampaian antara satu sama lain.
Sebelum ini, kami telah memperkenalkan anda dengan gaming slang yang sering digunakan semasa bermain game. Namun, ia hanya tersedia dari huruf A sehingga F sahaja. Dan pada hari ini, kami ingin menyambung senarai tersebut bermula dari huruf G sehingga N. Mari kita mulakan.

G
- GG – Ia adalah singkatan kepada perkataan “Good Game”.
- GLHF – Merupakan singkatan kepada “Good Luck Have Fun”
- Gank – Apabila seorang pemain diserang oleh sekumpulan pemain.
- Glitch – Bug yang terdapat dalam game yang mungkin memberikan kelebihan kepada pemain.
- Grinding – Menyelesaikan mission/quest berulang kali untuk mendapatkan XP lebih
H
- Headshot – Serangan yang mengenai kepala yang menyebabkan damage tambahan.
- HP – Ia adalah singkatan kepada perkataan “Health Point” atau “Hit Point” di mana ia merupakan ukuran kepada baki hayat watak dalam game.
- HUD – Merupakan singkatan kepada perkataan “Heads-up Display”. Ia yang memaparkan HP, skill dan banyak lagi.
- Hitbox – Kawasan yang boleh menyebabkan damage atau efek lain kepada watak.
I
- iframe (Invincible Frame) – Tempoh masa yang singkat di mana pemain tidak boleh menerima damage daripada serangan. Ia selalunya berkaitan dengan “dodging” atau “rolling”.

K
- KDA – Ia merupakan singkatan kepada Kill, Death, Assist. KDA adalah nisbah yang sering digunakan oleh pemain MOBA untuk menilai prestasi in-game mereka.
- Kiting – Menyerang dari jauh atau menggunakan serangan jarak jauh semasa bergerak.
- Kill steal – Mencuri kill orang lain. Biasanya untuk menerima ganjaran atau kredit tanpa melakukan banyak kerja.
L
- Lag – Kelewatan network atau pemaparan yang melambatkan masa tindak balas game anda.
- Lifesteal – Ability watak dalam game untuk mencuri HP musuh.
- Loot box – Selalunya diberikan kepada pemain selepas melengkapkan perlawanan yang mengandungi pelbagai ganjaran.

M
- Matchmaking – Sistem game yang secara automatik menyusun pemain mengikut play style, objektif atau skill level yang sama dalam pasukan.
- Meta – Singkatan kepada “Most Effective Tactics Available”. Merujuk kepada elemen game yang biasanya digunakan oleh pemain untuk mengubah cara bermain game.
- Microtransaction – Model perniagaan yang digunakan dalam permainan di mana pemain boleh membeli barangan in-game melalui pembayaran mikro.
- Mod – Mod ialah pengubahsuaian yang mengubah game dalam beberapa cara
- MP – Ia adalah singkatan kepada “Mana Point” atau “Magic Point”.
N
- Nerf – Game update yang menghadkan power kepada ability dan senjata yang kuat.
- Noob/Newbie – Pemain baru yang tidak berpengalaman dalam game.
- NPC – Singkatan kepada “non-player character”. Ia adalah watak yang sering memajukan cerita dalam game.
- NT – Ia adalah singkatan kepada “Nice Try”.

Setakat ini, itu sahaja perkongsian kami berkenaan gaming slang bermula dari huruf G sehingga N yang banyak digunakan semasa bermain game. Kami akan teruskan siri ini pada masa akan datang dengan huruf lain pula. Jadi, perkataan mana yang korang sering gunakan semasa bermain game? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post